Iklan 728x90

10 Gambar Terkini Sophia Albarakbah Yang Elegan dan Menawan

Sophia Albarakbah merupakan antara pelakon wanita popular di Malaysia yang semakin dikenali menerusi pelbagai drama dan filem tempatan. Selain bakat lakonan, beliau juga sering mencuri perhatian peminat dengan gaya penampilan yang elegan dan menawan. Sophia juga pernah dikaitkan dengan beberapa artis hiburan tempatan termasuklah Aliff Aziz iaitu suami kepada Bella Astillah. Sophia Albarakbah mulai terkenal dengan lakonan beliau dalam filem Miimaland dan Pasal Kau! serta drama Tercipta Satu Ikatan (2020) dan Hadiah Dari Tuhan (2020). Sebelum itu baca dulu: **Bella Astillah & Syed Saddiq Kahwin 28 Mac 2026? Betul Ke?** Sophia Albarakbah Buka Gerai Jual Air Kelapa di Bazaar Ramadan Stadium Merdeka Sophia Albarakbah Berani Jadi Transgender — Melangkah Keluar Zon Selesa Dalam Filem Amira Amir 2026 Baru-baru ini Sophia berlakon dalam drama Ku Akad Kan Kau Dengan Bismillah. Dia bergandingan dengan pelakon kacak, Aliff Aziz . Dengan penampilan santai dan gaya fesyen yang pelbagai, Sophia senang mendapat tumpuan. Biodata Ringkas Sophia Albarakbah Nama Penuh: Sophia Albarakbah Umur: 32 tahun (2026) Tahun Lahir: 1993 Kerjaya: Pelakon & Model Asal: Malaysia Industri: Drama & Hiburan Tempatan Sophia mula dikenali menerusi pelbagai drama popular dan kini semakin mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Dalam artikel ini, kami kongsikan koleksi gambar terkini Sophia Albarakbah yang menunjukkan gaya fesyen serta personaliti beliau yang semakin matang dan profesional. </figure> Gaya Minimalis Tetapi Menawan Dengan gaya minimalis, Sophia membuktikan bahawa penampilan simple juga mampu menyerlahkan aura tersendiri. Dia memang seorang yang pandai bergaya di hadapan kamera. OOTD Pilihan Peminat Setiap perkongsian OOTD beliau di media sosial sering mendapat perhatian peminat kerana kombinasi fesyen yang menarik. Penampilan Elegan di Majlis Rasmi Sophia tampil anggun dengan busana elegan ketika menghadiri majlis hiburan tempatan, memukau ramai dengan gaya yang classy. Tidak hairan lah dia semakin mendapat perhatian dari peminat. Gaya Musim Percutian Ketika bercuti, Sophia tampil dengan gaya santai dan segar yang menarik perhatian ramai. Tetap tampil bergaya walaupun tengah bercuti santai. Gaya Moden & Trendy Sophia tidak ketinggalan mengikuti trend fesyen semasa yang sesuai dengan imejnya. Gaya Kasual Yang Santai Dalam suasana santai, Sophia memilih gaya kasual yang ringkas tetapi tetap bergaya, sesuai dengan personalitinya yang natural. Penampilan Di Karpet Merah Gaya di acara karpet merah menunjukkan sisi profesional dan elegan beliau sebagai selebriti. Senyuman Yang Menjadi Tarikan Selain fesyen, senyuman manis beliau turut menjadi daya tarikan utama peminat. Senyuman tidak pernah lekang walau dimana sahaja dia pergi. Aura Bintang Yang Semakin Bersinar Secara keseluruhan, Sophia menunjukkan perkembangan positif dalam kerjaya dan imej sebagai selebriti. Drama Popular Lakonan Sophia Albarakbah Antara drama yang menaikkan nama beliau termasuklah: Ku Akad Kau Dengan Bismillah Projek: High Council Drama-drama tempatan yang ditayangkan di TV3 dan platform penstriman Peranan yang dibawa juga sering mendapat pujian kerana penghayatan mendalam watak-watak yang dilakonkan dan lakonan yang semakin matang. Kenapa Sophia Albarakbah Semakin Popular? Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada populariti beliau, antaranya: 1. Bakat Lakonan Sophia berjaya membawa pelbagai watak dengan baik, menjadikan beliau antara pelakon yang semakin meningkat naik. 2. Personaliti Menarik Sikap yang mesra dan rendah diri menjadikan beliau mudah disukai peminat. 3. Gaya Penampilan Penampilan yang elegan dan moden menjadikan beliau ikon fesyen dalam kalangan peminat hiburan tempatan. Kesimpulan Sophia Albarakbah bukan sahaja memiliki bakat lakonan yang hebat, tetapi juga gaya penampilan yang sentiasa menarik perhatian. Dengan perkembangan kerjaya yang semakin positif, tidak mustahil beliau akan terus mencipta nama dalam industri hiburan Malaysia. Nota: Semua gambar adalah sekadar perkongsian untuk tujuan hiburan dan peminat.

4 minute read

Sophia Albarakbah Tayang Gambar Berpelukan Dalam Pawagam

Baru-baru ini Sophia Albarakbah tenang berkongsi gambar dia sedang berpelukan dengan seorang lelaki berjambang di pawagam. Dalam gambar tersebut, Sophia kelihatan berkongsi selimut dengan seorang lelaki yang berjambang. Gambar: Instagram Sophia Albarakbah Walau bagaimanapun, Sophia masih mengunci mulut dan tidak mendedahkan identiti lelaki berjambang tersebut. Terbaru, Sophia memuat naik gambar terbarunya melalui instastory yang menunjukkan dia berada di dalam sebuah wad hospital bersama lelaki berjambang berkenaan dengan kapsyen “man down”. Gambar:Instagram Sophia Albarakbah Netizan lantas mempersoalkan status hubungannya dengan lelaki berkenaan yang masih menjadi rahsia sehingga ke hari ini. Sophia Albarakbah baru-baru ini menjadi bahan bualan apabila dia dikaitkan dengan rumah tangga pasangan Bella Astila dan Aliff Aziz. Sophia mengakui terjatuh hati secara tidak sengaja dengan Aliff Aziz ketika bersama-sama berlakon dalam drama Ku Akad kau Dengan Bismillah. Daripada gelagat Sophia dan lelaki berjambang itu, ada kemungkinan lelaki tersebut adalah teman lelakinya. Namun ubipanas.com juga berpendapat mungkin gambar tersebut hanya untuk menepis gosip yang mengaitkan dia dengan Suami Bella Astila, Aliff Aziz.

1 minute read

Cara Buat Blog Dengan Custom Domain di Blogspot

Kebanyakan penulis blog bermula dengan platform percuma seperti blogspot.com, tumblr.com atau wordpress.com. Namun platform percuma ini tidak memberikan 100% kawalan keatas blog tersebut. Pemilik blog hanya mempunyai kawalan keatas artikel yang ditulis dan juga reka bentuk blog berkenaan. Pemilik tiada kawalan terhadap fail, mahupun kewujudan blog tersebut. Andai kata pemilik platform blogspot menghentikan perkhidmatan blog mereka, korang ada risiko untuk kehilangan blog korang. Untuk blog kelihatan lebih profesional, sekurang-kurang menggunakan domain sendiri pun sudah cukup. Harini kita akan belajar bagaimana untuk maju selangkah lagi dalam dunia penulisan blog dengan menaik taraf blog dengan menggunakan domain sendiri, atau dipanggil customer domain di platform blogspot. Apa yang diperlukan untuk Menaik Taraf Blog Di Blogspot 1. Blog di Platform Blogspot Sudah tentunya blog di platform Blogspot diperlukan. Biasanya blog di platform Blogspot and diberikan url dengan domain blogspot.com. Sebagai contoh, sekiranya ubipanas.com berada di platform blogspot.com, url yang diberikan adalah ubipanas.blogspot.com. url seperti ini yang akan dinaik taraf kepada domain sendiri. ##### 2. Domain sendiri yang dibeli. Domain sendiri ini hendaklah dibeli dari syarikat penyedia perkhidmatan hosting. Contoh penyedia perkhidmatan yang terkenal di Malaysia adalah datakl.com, exabytes.com, web-hosting.net.my dan banyak lagi. Korang boleh pilih syarikat penyedia yang dipercayai dan beli domain sendiri dari mereka. Korang juga boleh gunakan link affiliate untuk beli domain melalui datakl.com. Bagaimana Nak Beli Domain Sendiri? Memandangkan blog ubipanas.com pada masa ini menggunakan datakl.com sebagai penyedia perkhidmatan hosting, kita akan tunjukkan cara untuk beli domain melalui datakl. Bila korang masuk ko datakl.com, pilih domain dan page seperti berikut akan ditunjukkan. Isikan domain yang dikehendaki, seperti contoh dibawah. Untuk extension pula, apa-apa sahaja extension yang dikehendaki boleh dipilih seperti extension .net, .org, .biz. Namun biasanya untuk blog, kebanyakan akan memilih .com Selepas itu, korang akan dibawa ke page checkout. Namun sebelum masuk ke page checkout, korang akan dibawa ke page berikut. Page ini korang tak perlu buat perubahan, cuma ID protection tu sebaiknya untuk diambil. Bila ID protection ini diambil, secara automatik maklumat peribadi pemilik akan disembunyikan dari maklumat umum. Selepas itu, hanya 1 lagi page yang perlu dilengkapkan iaitu maklumat peribadi pemilik seperti nama, nombor telefon, email dan alamat. Sebab itulah ID protection tu sepatutnya diambil sebab jika tidak, maklumat peribadi ini boleh dijumpai di internet. Tekan bayar dan anda telah berjaya menjadi pemilik domain name. Cara Untuk Naik Taraf Blog Di Blogspot Dengan Domain Sendiri Kini adalah masa untuk naik taraf blog dengan customer domain. Untuk langkah ini, dalam control panel blogspot blog, pergi ke bahagian setting –> Customer domain. Klik pada customer domain dan masukkan domain yang baru korang beli dan klik save. Skrin berikut akan ditunjukkan. Untuk korang yang dapat akses ke DNS editor dalam akaun domain korang, boleh lah edit dalam DNS setting dengan mengisi details dalam DNS setting. Contoh seperti dibawah. Bagi yang tidak ada akses ke DNS setting, sila salin butiran seperti dibawah tadi dan hantar ke support team kepada syarikat hosting dimana pembelian domain dilakukan dan mereka akan mengemas kini butiran tersebut. Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan datakl, butiran tadi hendaklah dihantar ke support mereka dan akan dikemas kini. Selepas semua dikemas kini, sekurang-kurangnya 24jam diperlukan untuk domain baru korang berfungsi sepenuhnya. Korang telah maju selangkah dalam bidang penulisan blog korang. Semoga bermanfaat.

3 minute read

Ira Kazar Mengandung Dan Dituduh Tak Benarkan Syamsul Yusof Jumpa Anak?

Akhirnya Ira Kazar yang dituduh merampas suami Sarah Liyana dikhabarkan semakin tunjuk belang apabila dituduh melarang suaminya iaitu Syamsul Yusof untuk berjumpa anak-anak beliau. Dia juga dikhabarkan sudah mengandung namun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba muncul dakwaan bahawa isteri kedua Syamsul melarang suaminya berjumpa anak-anak beliau bersama Sarah Liaya, Syaikhul dan Sumayyah. Dakwaan terbaru itu muncul di media sosial Tiktok melalui akaun tiktok.com/@milakarmila_0404. Dakwaan tersebut mengundang perlabagi reaksi dari netizen yang rata-rata penyokong Puteri Sarah Liyana. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Ramai juga yang mengkritik Ira Kazar dan menyatakan yang dia tidak boleh menafikan hak Syamsul Yusof untuk berjumpa anak-anak beliau. @milakarmila_0404 IRA KAZAR DAH TUNJUK BELANG #irakazarpenyondol ♬ original sound - Mila Kerepek Viral</section> Disebabkan video tular tersebut, kakak kepada Ira Kazar iaitu Melor Kazar tampil memberi penjelasan. Menurut Melor Kaza, adiknya tidak pernah melarang suaminya untuk berjumpa anak-anak beliau. Assalamualaikum kak, semua yang akak cakap ni semua fitnah tau. Tak ada siapa yang mengandung tak ada siapa tak bagi jumpa anak. Assalamualaikum. Kata Melor Kaza lagi, kenyataan dalam video tular tersebut hanyalah fitnah terhadap Ira Kaza. Dia juga menyatakan bakal untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap pemilik akaun tiktok berkenaan.

1 minute read

Lelaki “Scam” FoodPanda, Pesan Makanan Percuma Bernilai Lebih RM500,000

Selalu kita dengar servis syarikat penghantaran makanan yang tidak berkualiti. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki ini kepada FoodPanda memang di luar jangkaan, seperti nak balas dendam. Seorang lelaki di Singapura mngeksploitasi sistem aplikasi penghantaran makanan dengan memesan makanan secara percuma dari syarikat FoodPanda Singapura bernilai lebih RM500,000. Gambar: straitstimes Tertuduh, Ronny Lee Jia Jie, 25 mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu dan satu pertuduhan pemalsuan pada 19 Januari. Bagaimana Ianya Berlaku Jenayah itu berlaku pada tahun 2020, ketika Ronny Lee menjadi kakitangan pentadbiran di syarikat pembaikan kapal bapanya, Hestia Marine. Tanpa pengetahuan bapanya, dia mendaftarkan akaun korporat atas nama Hestia Marine dengan platform penghantaran makanan Foodpanda Singapura. Dia juga menyenaraikan dirinya sebagai wakil syarikat dan bertugas sebagai eksekutif di bahagian sumber manusia. Akaun korporat FoodPanda membenarkan tempoh kredit 30 hari. Itu membuatkan Lee tidak perlu membuat bayaran sebaik penghantaran pesanan selesai. Jumlah keseluruhan semua barang yang dipesan hanya akan dibayar pada akhir setiap bulan. Antara 20 Januari dan 5 April 2020, Ronny Lee memesan makanan berjumlah lebih RM60,000. Apabila syarikat Delivery Hero, syarikat yang mengendalikan FoodPanda meminta bayaran, dia memberitahu bahawa cek pembayaran belum sedia. Gambar: theprint Akaun Korporat Disekat, Pendaftaran Akaun Palsu Yang Kedua Selepas akaun korporat atas nama Hestia Marine itu disekat pada Julai 2020, Lee mendaftarkan satu lagi akaun korporat atas nama Mediacorp. Ronny Lee menggunakan akaun atas nama Mediacorp memesan makanan bernilai lebih RM500,000, pelitup muka dan barangan lain antara 14 Ogos dan 3 November 2020. Makanan yang dibeli adalah untuk kegunaan Ronny Lee sendiri, manakala dia menjual semula pelitup muka di platform e-dagang untuk kmendapatkan untung semasa pandemik covid-19. Muslihat Ronny Lee Terbongkar Selepas muslihatnya diketahui, dia dipanggil untuk hadir ke mahkamah pada 5 Disember 2020. Bagaimanapun, Ronny Lee tidak menghadiri perbicaraan mahkamah sebanyak tiga kali dengan memalsukan surat daripada Singapore Media Academy tempat dia menjadi pelajar. Dia menghantar surat kepada Mahkamah Negeri memohon bahawa dia mempunyai peperiksaan untuk diduduki, dan oleh itu tidak akan dapat menghadiri perbicaraannya. Muslihatnya terbongkar apabila pegawai mahkamah mendapatkan pengesahan dari Singapore Media Academy bahawa surat-surat itu telah dipalsukan. Sumber: todayonline

2 minute read

Isteri Pertama Zainal Abidin Dilapor Serang Madu, Fyna Jebat Di Kedai Mamak

Industri hiburan Malaysia tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Belum lagi selesai kes Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, muncul lagi cerita lain. Orang lain datang kedai mamak untuk makan, namun lain pula dengan isteri pertama bekas pemain bolasepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan. Dia dilaporkan menyerang madunya Fyna Jebat di sebuah kedai mamak di Shah Alam. Isteri Pertama Datuk Zainal Abidin iaitu Datin Zalina Zaini dikatakan melemparkan kata-kata kesat kepada Fyna Jebat yang berada di kedai mamak di Seksyen 9 Shah Alam semalam selepas selesai mengadakan persembahan Famili Duo siaran TV3. Menurut sumber, keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila kedua-duanya mula berperang mulut. Isteri Pertama Datuk Zainal juga dikatakan menarik rambut Fyna sehingga membawa kepada pertengkaran di luar premis kedai berkenaan. Siasatan awal mendapati Isteri Pertama Zainal tidak berpuas hati kerana Fyna mengahwini suaminya tanpa pengetahuannya. Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ass.Kom. Mohd Iqbal Ibrahim. Kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 160 Kanun Keseksaan (Gaduh Gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam). Fyna Jebat, atau nama penuh Nur Syafinaz Jebat dan Datuk Zainal Abidin Hassan bekas pemain bola sepak terkenal tanah air mencuri tumpuan selepas mengaku telah berkahwin sebelum ini. Sumber: mStar

1 minute read

Terpotong Telinga Semasa Gunting Rambut, Lelaki Hanya Dibayar RM127 Ganti Rugi

Kadang-kadang kita mengalami kejadian yang pelik dan menyebabkan trauma. Tidak kurang pelik juga dengan apa yang berlaku pada seorang lelaki di China. Orang lain merayakan tahun baru dengan gembira namun lain pula yang terjadi pada seorang lelaki di China. Seorang lelaki di China mengalami trauma apabila tukang gunting rambut yang menggunting rambutnya tidak sengaja terpotong telinga lelaki itu semasa menggunting rambutnya sebelum tahun baru cina. Dapat Pampasan RM127 Sahaja Lelaki bernama Chen itu mengesahkan bahawa telinga yang tercedera itu perlu dibaiki selepas dia mendapatkan rawatan. Dia cuba mendapatkan pampasan dari kedai gunting rambut tersebut, malangnya kedai tersebut hanya sanggup membayar sebanyak 200 Yuan (lebih kurang RM127) sebagai pampasan. Hal tersebut membuatkan lelaki itu marah dan membuat laporan polis. Mengingat semula kejadian itu, Chen memberitahu bahawa semasa tukang gunting rambut tersebut terpotong telinganya, seluruh tubuhnya berasa sakit dan kebas. Namun demikian, tukang gunting tersebut meyakinkan lelaki itu bahawa kejadian itu hanya perkara kecil dan hanya sedikit kulit telinganya terpotong. Pada masa itu, tukang gunting rambut itu membiarkan sahaja luka tersebut malah tidak meminta maaf pada masa kejadian. Hanya apabila luka semakin serius barulah kedai gunting tersebut menawarkan untuk membawa lelaki tersebut ke hospital untuk merawat luka tersebut ujar lelaki tersebut. Pengurus kedai tersebut juga memberitahu dia bahawa itu hanyalah kecederaan pada telinga dan tidak menggangu hidup dan kerja beliau. Kerana tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut, dia memuat naik gambar telinganya yang cedera ke media sosial yang kini mendapat banyak reaksi dan kritikan terhadap kedai gunting rambut tersebut. Sumber: sinchew.com.my

2 minute read

Kaki Gergasi ‘Ayam Naga’ Makanan Pelik Jadi Makanan Istimewa Tahun Baru

Mungkin ramai yang tidak gemar memakan makanan yang pelik, lebih-lebih lagi jikalau makanan tersebut tidak pernah dicuba. Tapi kalau korang betul-betul nak mencabar diri dengan makanan yang pelik, boleh mencuba makanan kegemaran orang kaya di Vietnam ini. Pelik tapi benar, kaki “ayam naga” menjadi makanan istimewa di Vietnam terutamanya semasa perayaan tahun baru Vietnam, dikenali sebagai Tet. Makanan yang pelik ini sebenarnya menjadi kegemaran golongan berada semasa perayaan tersebut. Gambar: scmp.com Ayam Dong Tao, juga dipanggil Ayam Naga, adalah baka ayam Vietnam yang jarang ditemui dengan kaki yang besar. Ianya dipanggil ayam Dong Tao kerana ianya diternak di daerah Dong Tao di Hanoi. Makanan Pelik Yang Mahal Seekor “ayam naga” yang mempunyai berat empat kilogram, mempunyai kaki besar sekurang-kurangnya satu perlima daripada berat badannya. Dengan berat demikian, ayam naga boleh dijual pada harga kira-kira $150. Namun jika ayam tersebut lebih bessar, ia boleh dijual pada harga 10 kali ganda. Ada juga yang dipertandingkan dalam pertandingan kecantikan. Ayam ini juga menjadi simbol status dan dianggap sebagai “barangan” mewah. Gambar: yahoo.com Ayam ini diternak dengan makanan dari beras dan jagung berkualiti tinggi untuk memberikan rasa daging yang sedap. Disamping itu, ayam ini diternak dalam ruang yang besar dan cukup untuk mereka bergerak. Ini menyumbang kepada perkembangan otot kakinya. Walaupun makanan ini nampak pelik tapi percaya atau tidak, ayam naga pernah diternak secara eksklusif untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga diraja dan mandarin. Sumber: yahoo.com

2 minute read

Petani Raih Pendapatan Lumayan Lebih RM100K Sebulan Jual Air Mani Kerbau

Seorang petani di Thailand Mongkol Mongphet mengejutkan ramai orang apabila dia mengaku meraih pendapatan lumayan menjual air mani kerbaunya. Dia mendedahkan memperolehi sehingga 1 juta bath sebulan (RM130,000) daripada jualan itu. Petani tersebut, Mongkol Mongphet memberitahu kerbaunya yang diberi nama Big Billion sering menerima tawaran yang lumayan dari penternak kerbau air dari seluruh wilayah Thailand untuk mendapatkan air maninya. Benih dari Big Billion itu kemudiannya akan digunakan untuk mengandungkan kerbau air betina mereka dengan harapan dapat melahirkan generasi baru kerbau cantik yang akan membesar untuk dijual dengan harga mahal seperti bapa mereka. Menurut pemilik Big Billion, kerbau itu bukan sahaja menjana pendapatan dengan air maninya, tenaganya juga dikerah untuk pertanian. Najisnya juga digunakan sebagai baja organik untuk menyuburkan tanaman tanpa menggunakan bahan kimia. Petani itu mengakui keluarganya telah menternak kerbau sejak turun-temurun. Keluarganya menjual kerbau bagi mendapatkan wang bagi menghantar anak mereka ke sekolah. Di Thailand, kerbau bukan sahaja diternak untuk membantu pertanian, tetapi dipertandingkan dalam acara kecantikan kerbau. Terdapat acara tahunan untuk mempertontonkan kecantikan dan kekuatan kerbau masing-masing. Selepas Big Billion memenangi beberapa pertandingan kecantikan wilayah, Mongkol ditawarkan 30 juta baht (RM3.9 Juta) untuk Big Billion, tetapi dia menolak tawaran itu. Sumber: thethaiger

1 minute read

Pelakon Azhar Sulaiman Kembali Hot Sebab Kontroversi Anak, Kasih Iris Leona

Industri hiburan di Malaysia memang tidak pernah sunyi dengan kontoversi. Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman mengakui sedar bahawa anaknya, Kasih Iris Leona sering dilanda kontroversi hingga menjadi perhatian ramai. Namun dia juga mengakui bahawa kontoversi yang tercetus itu sedikit sebanyak menyebabkan namanya turut mendapat perhatian umum. Menerusi temu bual di Buletin FM, Azhar Sulaiman mengakui terdapat banyak tawaran yang diterimanya sejak kebelakangan ini. “Sejak setahun ni saya tak berhenti-henti berlakon. Saya rasa saya kena berterima kasih kepada anak saya, sebab dia punya pasal, nama saya terpalit dan saya jadi hot.” - Azhar Sulaiman Bapa kepada Leona ini juga memberitahu kebanyakkan tawaran yang diterima olehnya adalah melalui media sosial dan meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diterima. View this post on Instagram</div> </div><div style="padding: 12.5% 0;"></div><div style="display: flex; flex-direction: row; margin-bottom: 14px; align-items: center;"><div><div style="background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; height: 12.5px; width: 12.5px; transform: translateX(0px) translateY(7px);"></div><div style="background-color: #f4f4f4; height: 12.5px; transform: rotate(-45deg) translateX(3px) translateY(1px); width: 12.5px; flex-grow: 0; margin-right: 14px; margin-left: 2px;"></div><div style="background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; height: 12.5px; width: 12.5px; transform: translateX(9px) translateY(-18px);"></div> </div><div style="margin-left: 8px;"><div style="background-color: #f4f4f4; border-radius: 50%; flex-grow: 0; height: 20px; width: 20px;"></div><div style="width: 0; height: 0; border-top: 2px solid transparent; border-left: 6px solid #f4f4f4; border-bottom: 2px solid transparent; transform: translateX(16px) translateY(-4px) rotate(30deg);"></div> </div><div style="margin-left: auto;"><div style="width: 0px; border-top: 8px solid #F4F4F4; border-right: 8px solid transparent; transform: translateY(16px);"></div><div style="background-color: #f4f4f4; flex-grow: 0; height: 12px; width: 16px; transform: translateY(-4px);"></div><div style="width: 0; height: 0; border-top: 8px solid #F4F4F4; border-left: 8px solid transparent; transform: translateY(-4px) translateX(8px);"></div> </div> </div><div style="display: flex; flex-direction: column; flex-grow: 1; justify-content: center; margin-bottom: 24px;"><div style="background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; margin-bottom: 6px; width: 224px;"></div><div style="background-color: #f4f4f4; border-radius: 4px; flex-grow: 0; height: 14px; width: 144px;"></div> </div>A post shared by buletinfm (@buletinfm) “Media sosial ni saya gunakan untuk stay connected with the industri hiburan supaya orang tahu dimana nak cari saya. 90 peratus job datang melalui media sosial, mereka hantar mesej peribadi di Instagram kerana kebanyakan orang dalam industri ni ramai golongan generasi muda dan mereka tiada nombor telefon saya” - Azhar Sulaiman. Untuk info, Kasih Iris Leona sering menjadi perhatian di media sosial dan dijadikan bahan kecaman netizen kerana cara pemakaian dan tingkah laku yang keterlaluan di platform TikTok. Sumber: xtra

2 minute read

Si Isteri Sangat Muda Ingatkan Bapa Dengan Anak, Rupanya Pasangan Suami Isteri

Cinta memang tidak mengenal usia maupun penampilan. Namun jika penampilan pasangan jauh berbeza, mesti akan menjadi tumpuan orang ramai seperti pasangan yang berasal dari china ini. Penampilan yang kelihatan seakan seperti bapa dan anak, sebenarnya mereka adalah pasangan suami isteri yang berasal dari wilayah Shaanxi, China. Wanita berkenaan dikenali sebagai Wang kelihatan jauh lebih muda daripada suaminya. Ada yang beranggapan bahawa Wang baru berusia dalam lingkungan 20-an selepas foto pasangan terbabit tular di media sosial. Malah, ada juga yang mendakwa si suami berharta sehingga wanita terbabit sanggup mengahwininya. Wang nampak seperti wanita muda yang cantik, penyayang, langsing dan berkulit cerah. Manakala si suami pula kelihatan kulit sedikit berkedut, beruban dan rambut nipis. Disebabkan banyak spekulasi yang muncul, Wang kemudiannya tampil memberi penjelasan. Yang mengejutkan, beza usia mereka hanya 8 tahun sahaja. Wang lahir pada tahun 1987 manakala suaminya lahir pada tahun 1979. Bukan itu sahaja, Wang juga berkata suaminya hanyalah seorang ahli perniagaan biasa. Wang sendiri juga mempunyai kerjaya sendiri. Dia menjelaskan bahawa suaminya memang kelihatan tua kerana sentiasa bekerja keras. Sebaliknya Wang Tahu menjaga diri dan kecantikannya. Sumber: Wolipop

1 minute read

Lelaki Zakar Kecil Lebih Suka Memiliki Kereta Sport

Adakah terdapat kaitan antara keinginan untuk memiliki kereta sport dan zakar yang kecil? Satu persoalan yang agak sukar dijawab bukan? Belum ada bukti kukuh yang boleh menyokong dakwaan ini tetapi terdapat satu kajian mengenai kaitan antara lelaki berzakar kecil dan keinginan untuk memiliki kereta sport. Gambar Oleh Garvin St. Villier Pexels Walaupun kajian tersebut tidak dapat memberi bukti kukuh, ianya memberi kesimpulan awal bahawa lelaki cenderung ingin memiliki kereta sport jika mereka merasakan zakar mereka lebih kecil daripada saiz purata. Penulis juga menyatakan bahawa terdapat persoalan yang timbul dari kajian tersebut yang menarik untuk diteroka pada masa depan. Dalam kajian tersebut, 200 lelaki berbangsa Inggeris berumur antara 18 dan 74 telah direkrut. Semua lelaki tersebut diminta untuk mengingati fakta semasa membeli-belah untuk produk yang berbeza dalam talian. Gambar: popsugar.com Dalam setiap pusingan ujian, para peserta ditunjukkan satu kenyataan selama tujuh saat sebelum mereka diberikan imej satu produk, daripada produk barangan mewah hinggalah ke produk keperluan harian. Mereka diminta untuk memberitahu berapa banyak yang mereka mahukan untuk produk tersebut. Kemudian mereka ditunjukkan kenyataan dari sebelumnya — kadangkala dengan sedikit perubahan — dan ditanya sejauh mana mereka bersetuju dengan kenyataan tersebut. Walaubagaimanapun, beberapa kenyataan, termasuk yang melibatkan saiz zakar adalah tidak betul. Untuk kenyataan melibatkan saiz zakar, ianya akan sentiasa disusuli dengan gambar kereta sport. Untuk kenyataan tentang saiz zakar, matlamatnya adalah untuk mempengaruhi tahap harga diri peserta. Sebahagian kecil daripada kumpulan itu diberi kenyataan yang salah. Contoh seperti saiz zakar yang tegang ialah 18 sentimeter (7.1 inci), manakala yang lain diberitahu bahawa zakar tegang bersaiz sederhana diukur dalam hanya 10 sentimeter (4 inci). Saiz purata sebenar untuk zakar yang tegang menurut kajian adalah terletak di antara 5.1 inci hingga 5.5 inci, tetapi kenyataan palsu ini digunakan untuk memanipulasi perasaan peserta tentang diri mereka sendiri. Gambar: Reuters Sesetengah peserta merasakan bahawa saiz zakar mereka lebih besar daripada saiz purata. Peserta lain pula berasa bahawa saiz zakar mereka tidak mencukupi. Keputusan akhir kajian menunjukkan bahawa lelaki yang berasa seolah-olah mereka mempunyai saiz ereksi zakar yang lebih kecil daripada purata lebih cenderung untuk ingin memiliki kereta sport. Trend ini juga dilihat lebih kepada lelaki yang berumur lebih dari 30 tahun. Kajian tersebut belum lagi mempunyai peers-reviewed tetapi ia mungkin boleh membuktikan bahawa benar-benar ada suatu kaitan dengan pemilikan kereta besar atau mewah dengan lelaki bersaiz zakar kecil. “Mungkin ada sesuatu yang menghubungkan kereta dan saiz zakar dalam jiwa lelaki. Hipotesis itu disokong oleh data dalam kertas kajian ini. “Industri kereta mewah mungkin tidak mahu mengakui kaitan ini, tetapi keputusan kami memberikan sedikit bantuan.”

2 minute read