Iklan 728x90

Pelakon Malaysia Yumi Wong Didenda RM1,000 Kerana Makan Durian Dalam Bilik Hotel

Kalau dah memang orang Malaysia, durian tetap menjadi raja buah, lebih-lebih lagi bagi penggemar buah durian. Dengan harga pasaran yang agak mahal, kadang-kadang terdetik juga kenapa harga durian begitu mahal berbanding dengan buah lain. Bagi pelakon cantik manis, Yumi Wong, harga durian yang beliau makan terlebih mahal. Kerana sebiji durian, habis duit RM1,000 ringgit. Baru-baru ini, pelakon Yumi Wong berkongsi di akaun instagram beliau bahawa dia pernah didenda oleh sebuah hotel tempat dia dan krew penggambaran menginap. Dia didenda sebanyak RM1,000 selepas Yumi didapati telah memakan durian di dalam biliknya. Sebagai bukti, mereka turut berkongsi gambar biji durian yang dibuang oleh Yumi Wong ke dalam tong sampah. “Saya sangat bodoh sehingga saya tidak tahu anda tidak boleh makan durian di hotel… baiklah, saya telah didenda RM1,000, durian ini sangat mahal…” . Nampaknya bukan semua orang boleh menerima kehadiran raja buah ini. Sumber: 8days.sg

1 minute read

Isteri Minta Cerai Sebab Suami Suka Beli Seluar Dalam Secara Borong

Bukan mudah untuk melayari sebuah perhubungan, apatah lagi kalau hubungan itu masih baru. Ianya memerlukan masa bertahun untuk mengenali hati budi seseorang. Kadang-kadang, walaupun dah bertahun kenal, masih ada perangai yang tidak pernah diketahui mengenai pasangan masing-masing. Pelik tapi benar, itulah yang terjadi pada seorang lelaki yang mengakui bahawa dia pernah hampir kehilangan kekasih, yang kini adalah isterinya disebabkan oleh tabiatnya yang pelik. Ia disebabkan oleh tabiatnya yang suka membeli seluar dalam secara borong. Gambar: Mirror.co.uk Lelaki tersebut mengakui mempunyai tabiat itu yang membolehkan dia berjimat dalam jangka masa panjang. Namun lain pula yang terjadi apabila kekasihnya pada masa itu mengetahui tabiatnya itu. Si suami menjelaskan bagaimana dia menambah berpuluh-puluh pasang seluar dalam yang sama, dalam saiz dan warna yang sama ke dalam bakul beli-belahnya pada satu-satu masa. Dia berkata ia menjimatkan wang dalam jangka masa panjang. Dia juga tidak perlu risau kerana dia tidak perlu mengasingkan seluar dalam itu untuk mencuci warna yang berbeza. “Bagaimanapun, selepas beberapa minggu kekasih saya mula perasan sesuatu. Dia mengandaikan saya memakai seluar dalam yang sama setiap hari dan menganggap itu sesuatu yang menjelikkan. Dia meminta berpisah disebabkan oleh kejadian itu.” Bagaimanapun, lelaki tersebut menjelaskan bahawa kekasihnya itu tidak meneruskan niatnya untuk berpisah. Mereka telah bersama selama 12 tahun, berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.

1 minute read

Datuk K Umur 64 Tahun Masih Kacak Bergaya

Umur semakin tua semakin kacak bergaya. Itulah yang terjadi kepada suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K. Umur sudah meningkat, tapi masih nampak kacak! Datuk K sudah berusia 64 tahun, tetapi dia masih kelihatan semakin kacak dan nampak semakin muda. Ramai yang memuji penampilan Datuk K semasa bercuti bersama keluarga di Dubai baru-baru ini. Ada netizen yang mengatakan yang mereka kelihatan seperti orang muda walaupun Siti yang sudah berusia 44, manakala Datuk K berusia 64 tahun. Datuk K ni umur berapa siot? Apa pasal nampak muda? 😅 — Asim Abdullah (@asimlotfi) January 6, 2023 Ada pula menyangka Siti Nurhaliza bersama anak Datuk K memandangkan wajah mereka yang seiras. Aku ingat anak Datuk K rupanya itu Datuk K. Alhamdulillah, nampak muda. Semoga Siti dan Datuk bahagia selalu. Wow, macho man memang tak boleh dinafikan. Datuk K semakin berusia terserlah ketampanan wajahnya. - Netizen Sebelum ini Siti Nurhaliza dikatakan membeli sebuah rumah di Dubai. Perkara itu disahkan sendiri oleh anak tirinya iaitu Asyraf Khalid. Bila orang lelaki dapat perempuan yang tepat. Makin tua, makin kacak. Samalah dengan perempuan kan. Ujar Netizen lagi.

1 minute read

Saintis Berusaha Membekukan Najis Kerana Berjuta-Juta Mikrob dalam Usus Anda Diambang Kepupusan

Dalam usus manusia terdapat trilion mikrob, termasuk bakteria dan kulat, yang penting untuk kesihatan manusia. Mereka memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kadar metabolisme dan juga imuniti. Malangnya, mikrob ini sedang menghadapi kepupusan! Ini disebabkan oleh : Perindustrian, urbanisasi, dan perubahan alam sekitar. Para saintis dan penyelidik mula-mula memerhatikan perkara ini dalam sampel najis orang yang tinggal di Wilayah Somalia Ethiopia - sebuah komuniti penggembala. Oleh kerana mereka tinggal di tempat yang terpencil, komuniti ini tidak bergantung kepada antibiotik moden. Penyelidik kesihatan awam Abdifatah Muhummed telah mengumpul sampel najis daripada kanak-kanak di dalam komuniti tersebut. Ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha sedunia untuk mengkatalog dan memelihara kepelbagaian bakteria dalam usus manusia. Pemerhatian di bawah mikroskop mengejutkan para saintis yang menunjukkan adanya tanda-tanda rintangan antibiotik. Menurut Abdifatah Muhummed, salah satu sebab perubahan ini mungkin disebabkan ramai penggembala mula membeli makanan seperti nasi dan pasta, sekaligus mengubah persekitaran dalam usus mereka. Ini mendorong pasukan saintis dari Switzerland untuk mencipta biobank global untuk menyimpan sampel najis di seluruh dunia, menurut laporan Wired. Projek ini telah dinamakan Bilik Kebal Microbiota. Lebih 350 sampel najis telah dikumpulkan oleh Universiti Jigjiga, Institut Kesihatan Tropika dan Awam Switzerland dan Universiti Basel. Para saintis berhasrat untuk menggunakan najis beku itu untuk menangani penyakit pada masa hadapan. Pada masa ini, najis itu disimpan dalam makmal di Universiti Zurich. Sebuah peti besi untuk menyimpan najis daripada beribu-ribu manusia yang sihat sedang dalam perancangan supaya spesis bakteria tidak hilang sepenuhnya! Bakteria ini juga boleh dihidupkan semula dan digunakan untuk merawat penyakit di masa depan.

2 minute read

Cristiano Ronaldo Dan Georgina Rodriguez Melanggar Undang-Undang Arab Saudi, Pihak Berkuasa “Tutup Mata”

Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak berusia 37 tahun itu menyertai Al-Nassr bulan lalu. Cristiano berpindah ke kelab di Arab Saudi selepas kontraknya dengan Manchester United ditamatkan. Cristiano juga membawa bersama keluarganya untuk tinggal bersama iaitu kekasihnya, Georgina Rodriguez bersama dua lagi anaknya mereka. Cristiano mempunyai tiga lagi anak lain iaitu - Cristiano Jr. dan Eva dan Mateo - yang merupakan kembar. Undang-undang negara Arab Saudi itu tidak membenarkan pasangan yang belum berkahwin untuk tinggal bersama. Namun apa yang menarik adalah Cristiano Ronaldo dan pasangannya iaitu Georgina Rodriguez belum berkahwin. Menurut laporan dailymail, Arab Saudi tidak akan mengenakan tindakan dan “menutup mata” atas isu tersebut. Ini dipercayai disebabkan oleh populariti Cristiano Ronaldo yang merupakan seorang pemain bola sepak berprofil tinggi. Menurut agensi berita Sepanyol, kebarangkalian untuk Ronaldo didenda sangat rendah. Agensi itu juga memetik dua peguam Arab Saudi, yang meramalkan pihak berkuasa tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap bekas bintang Real Madrid, Juventus dan Manchester United itu. Undang-undang masih melarang untuk tinggal bersama tanpa akad nikah, namun pihak berkuasa telah mula menutup mata dan tidak mengenakan denda terhadap sesiapa. Sudah tentu undang-undang ini digunakan apabila ada masalah atau jenayah. Pihak berkuasa Arab Saudi, hari ini, tidak campur tangan dalam perkara ini terutama sekali dalam kes warga asing, namun undang-undang tetap melarang pasangan untuk tinggal bersama sebelum berkahwin, kata peguam tersebut. Nampaknya Cristiano Ronaldo akan melanggar undang-undang Arab Saudi dengan tinggal bersama kekasihnya, Georgina Rodriguez. Sumber: DailyMail

2 minute read

Puteri Sarah Liyana Ucap Tahniah Suami Kahwin Lain

Puteri Sarah Liyana mengucapkan tahniah kepada suaminya iaitu pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang kini mengaku selamat bernikah dengan Ira Kazar, harini ini. Syamsul Yusof hari ini mendedahkan dia telah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, berwalikan bapa isterinya iaitu Kazar Saisi. Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan. Syamsul juga menjelaskan bahawa perkahwinan mereka telah didaftarkan di Malaysia. Daripada pendedahan itu, Puteri Sarah mengucapkan tahniah buat Syamsul Yusof dan Ira Kazar atas perkahwinan mereka. Ucapan itu dibuat melalui satu hantaran di instagram. Bagaimanapun Puteri Sarah mendakwa bahawa suaminya sudah berkahwin sejak beberapa bulan lalu. Walau bagaimanapun, Syamsul menyatakan bahawa Puteri Sarah Liyana masih lagi isterinya yang sah. Pengarah filem Mat Kilau ini juga mengharapkan isteri pertama dan anak-anaknya kembali ke pangkuannya.

1 minute read

Guru Agama Dijatuhi Hukuman Mati Selepas Didapati Bersalah Merogol 13 Pelajar

Membantu mereka yang kurang berkemampuan sehingga sanggup menubuhkan sekolah bagi membantu mereka merupakan satu amalan yang baik. Dengan bantuan ini, pelajar berkemungkinan mampu berubah masa depan keluarga mereka. Namun lain pula yang terjadi di Bandung Indonesia. Seorang guru agama di Bandung, Indonesia dijatuhkan hukuman mati selepas dia didapati bersalah merogol 13 pelajar di sekolah agama yang diketuai olehnya. Sekurang-kurang 8 dari pelajar berkenaan mengandung hasil dari perbuatan guru agama tersebut. Lapan dari mangsa guru tersebut adalah bawah umur. Herry Wirawan Semasa Menghadiri Perbicaraan, Sumber: TheStar Sekolah tersebut ditubuhkan oleh guru tersebut, Herry Wirawan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan. Atas jenayahnya, Mahkamah Tinggi Bandung pada April tahun lalu memutuskan hukuman mati ke atas Herry, selepas pendakwa raya sebelum ini memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup yang dipituskan oleh mahkamah rendah. Herry memfailkan rayuan pada bulan Ogos ke Mahkamah Agung dengan harapan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Bandung. Namun badan kehakiman tertinggi negara itu menolak rayuan tersebut. Mahkamah Agung juga mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Bandung supaya Herry membayar lebih daripada Rp 300 juta (RM84,000) sebagai ganti rugi kepada mangsa. Asetnya juga akan disita dan dilelong. Hasil dari jualan tersebut akan digunakan untuk menyediakan sokongan kewangan untuk mangsanya dan anak-anak mereka. Penderaan Herry terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Herry kepada polis pada akhir tahun 2021. Hasil dari laporan polis tersebut mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Indonesia.

1 minute read

Nadia Brian Dikritik Pakai Terlalu Terdedah Di Majlis Kahwin

Macam-macam betul dengan dunia Hiburan tanah air. Terbaru, Nadia Brian berjaya mencuri tumpuan peminat dengan pakaian yang agak terdedah. Pelakon cantik jelita Nadia Brian memang tidak pernah putus untuk mendapat perhatian peminat. Nadia menghadiri majlis perkahwinan pengarah filem Imran Sheikh dengan pakaian yang mendedahkan sebahagian dadanya. @nadia.brian My beautiful makeup by @schanooladiva 😍❤️ #NadiaBrian ♬ Calm Down Official Dance Challenge by Loïc Reyel - Loic reyeltv
Namun disebalik kecantikan yang Nadia cuba tonjolkan, sebahagian dari peminat menegur cara berpakainnya yang agak seksi itu. Ruangan komen media sosial Nadia dipenuhi dengan komen teguran daripada para peminat. Ada yang mengatakan bahawa pakaian itu sebenarnya tidak sesuai. Namun terdapat juga mesej lucah dari sesetengah netizen. Sebelum ini, Nadia pernah menjadi mangsa kecaman setelah dia mengenakan baju yang terlalu ‘menonjol’ di bahagian dadanya.

1 minute read

John Mayer Suka Berbogel Sambil Main Gitar Lepas Hubungan Seks?

Sememangnya tidak dinafikan, semua orang ada perangai aneh dan pelik. Tapi lain pula dengan penyanyi John Mayer. Dia mengaku suka bermain gitar sambil berbogel selepas hubungan seks dengan pasangan. Menurut John Mayer, cara sebegitu memberikan kenangan yang indah untuk pasangannya. Yalah, siapa yang tidak cair dinyanyikan lagu-lagu romantis selepas hubungan intim dengan pasangan kan? John Mayer mengakui dia bermain gitar sambil berbogel selepas melakukan hubungan seks supaya lebih meninggalkan kenangan indah buat dia dan pasangan. Menurut Mayer, 45, cara sebegitu meninggalkan kenangan cukup indah dan bermakna buat pasangannya. Tambah Mayer, posisi duduk di atas katil sambil bermain gitar adalah sesuatu yang menarik dan comel untuk dilihat.

1 minute read

Badan Nampak Berisi, Khabar Angin Neelofa Sedang Mengandung Anak Kedua

Tular di media sosial mengenai khabar angin bahawa selebriti sensasi Neelofa sedang hamil anak kedua. Ia berikutan video Neelofa bersama suaminya Haris Ismail yang tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan Neelofa bersama suaminya sedang menjalani penggambaran. Penggambaran tersebut dipercayai bagi mempromosikan produk mereka. @seorangnur Kita letak yang maneh2 ada 2 orang ni je 🤭😜 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Dil Kya Kare - Jatin-Lalit & Udit Narayan & Alka Yagnik
Pantas netizen membuat kesimpulan bahawa Neelofa mungkin sedang mengandung anak kedua. Ini disebabkan cara berpakaian Neelofa dan aksi beliau semasa penggambaran tersebut. Menerusi rakaman tersebut, Neelofa yang mengenakan gaun labuh yang diikat di bahagian belakang dilihat sukar untuk duduk ketika cuba memberikan minuman kepada Haris. Gambar: Instagram/neelofa Ramai juga yang mengatakan bahawa badan Neelofa yang kelihatan berisi. Disebabkan itu ramai yang percaya dia sedang hamil anak kedua. “Nampaknya Muhammad Bilal dah nak dapat adik. Tahniah Neelofa!,” komen netizen. Dakwaan itu diperkuatkan dengan ketibaan Neelofa menggunakan kerusi roda di lapangan terbang antarabangsa Brunei bersama suaminya baru-baru ini. Bagaimanapun, sehingga kini Neelofa dan Haris belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan berkenaan. Neelofa dan Haris berkahwin pada Mac 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia 11 bulan.

2 minute read

Peserta ATNMY Berusia 16 Tahun Dikritik Kerana Menjawab Juri Dengan Biadap

Seorang daripada peserta program hiburan All Together Now Malaysia (ATNMY) musim ke-2 didakwa berkelakuan biadab ketika melakukan persembahan di pentas itu. Juri Catriona Ross yang bertanya kepada peserta tersebut bahawa dia berminat atau tidak dengan lagu yang dibawakan itu dikatakan dijawab dengan gaya yang biadap dan kurang ajar. Video wanita yang dilihat ‘menjawab’ soalan juri Catriona Ross dengan gaya biadap dan kurang ajar itu kemudiannya tular di media sosial. https://www.tiktok.com/@syafinazselamat.fans/video/7178506101602700570?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139900457363621377 Gara-gara respon daripada perserta itu, Catriona kemudian menasihati peserta itu agar tidak berkelakuan sombong. Pelakon yang lebih mesra disapa sebagai Kak Kek itu juga berharap agar wanita itu lebih mempunyai sifat merendah diri selalu. View this post on Instagram

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) Bukan Catriona saja yang menegur respon wanita itu, malah ketua juri Datuk Shafinaz juga terpanggil untuk memberi nasihat. Kalau anak murid I cakap macam tu dengan I, dah lama dia menangis. Kena berhati hati semasa menjawab, bila orang bertanya soalan. Attitude kena cantik. Bagaimanapun, di ruangan komen, ramai memberikan respon yang mengatakan kebanyakan golongan muda zaman ini kurang adab dan lebih ‘outspoken’ berbanding golongan sebelum ini. Budak sekarang acah terpaling savage. Kadang dengan orang lebih tua daripada diorang pun kena maki hamun.

2 minute read

Tular Rakyat Eropah Baru Kenal Bidet Selepas Melawat Malaysia

Hampir seratus peratus tandas di Malaysia mempunyai bidet (atau paip air) untuk mencuci punggung selepas membuang air besar. Masalah besar sekiranya tidak ada air dalam tandas ketika membuang air besar. Tapi lain pula di Eropah. Tular baru-baru ini d twitter bilamana rakyat eropah yang melawat Qatar sempena Piala Dunia 2022 berlangsung baru tahu menggunakan bidet untuk mencuci punggung selepas membuang air besar. Gambar: https://twitter.com/DavidVujanic Telah menggunakan paip pencuci punggung di tandas Qatar selama sebulan…Saya benar-benar ngeri kami hanya menggunakan kertas tandas di Uk/Eropah. Ini adalah perkara terbaik yang pernah ada. Namun yang menariknya, seorang wanita mengaku memasang bidet di rumahnya selepas melawat Mesir dan Malaysia. Gambar: https://twitter.com/young_financier Selepas melawat Mesir dan Malaysia, saya mempunyai perkara ini sendiri semasa mengubah suai bilik mandi Netizen terutamanya dari Malaysia nyata teruja dengan pengakuan wanita tersebut. Gambar: Twitter Gambar: Twitter Sememangnya di Malaysia adalah menjadi kebiasaan dimana-mana tandas, air disediakan untuk mencuci punggung selepas membuang air besar. Walaupun sebilangan kecil tidak menggunakan bidet, namun akan menyediakan baldi air dan gayung. Umum tahu terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat, mereka hanya menggunakan tisu tandas untuk mengelap dan membersihkan selepas membuang air besar. Itu mungkin sudah menjadi kebiasaan di negara mereka, namun lain pula di Malaysia. Sesiapa yang mempunyai pengalaman di luar negara mungkin boleh berkongsi di ruangan komen!

2 minute read