Isteri Pertama Zainal Abidin Dilapor Serang Madu, Fyna Jebat Di Kedai Mamak

Industri hiburan Malaysia tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Belum lagi selesai kes Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, muncul lagi cerita lain.

Orang lain datang kedai mamak untuk makan, namun lain pula dengan isteri pertama bekas pemain bolasepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan. Dia dilaporkan menyerang madunya Fyna Jebat di sebuah kedai mamak di Shah Alam.

Zainal Abidin, Fyna Jebat, Kontroversi Zainal Abidin Fyna Jebat

Isteri Pertama Datuk Zainal Abidin iaitu Datin Zalina Zaini dikatakan melemparkan kata-kata kesat kepada Fyna Jebat yang berada di kedai mamak di Seksyen 9 Shah Alam semalam selepas  selesai mengadakan persembahan Famili Duo siaran TV3.

Menurut sumber, keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila kedua-duanya mula berperang mulut.

Isteri Pertama Datuk Zainal juga dikatakan menarik rambut Fyna sehingga membawa kepada pertengkaran di luar premis kedai berkenaan.

Siasatan awal mendapati Isteri Pertama Zainal tidak berpuas hati kerana Fyna mengahwini suaminya tanpa pengetahuannya.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam,  Ass.Kom. Mohd Iqbal Ibrahim.

Kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 160 Kanun Keseksaan (Gaduh Gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Fyna Jebat, atau nama penuh Nur Syafinaz Jebat dan Datuk Zainal Abidin Hassan bekas pemain bola sepak terkenal tanah air mencuri tumpuan selepas mengaku telah berkahwin sebelum ini.

Sumber: mStar

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *