Kerana Kekasih Lama, Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu?

Ada ura-ura mengatakan bahawa Hafiz Roshdi cuba menimbulkan gosip semata-mata untuk menaikkan namanya dalam industri seni, seperti yang berlaku pada Azhar Sulaiman.

Namun segalanya terbukti pada hari ini apabila Harian Metro melaporkan Hafidz Roshdi telah menceraikan isterinya. Dia dikhabarkan menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, dengan talak satu bersaksikan ahli keluarga.

Yang menyedihkan, Shuhada akan memfailkan percerain pada 1 Mac ini yang juga tarikh kelahiran beliau. Nampaknya ini adalah kemenangan bagi pihak “penyondol”.

Beberapa hari lalu, Hafidz Roshdi dalam satu hantaran di Instagram, memberi gambaran bahawa kemelut rumah tangga dengan isterinya sudah kembali pulih. Dia juga memohon supaya orang ramai mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

Namun pada harini ini, sebaliknya pula yang terjadi.

Masalah rumah tangga Hafidz mendapat perhatian ramai melalui pendedahan isterinya yang dia mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dengan pendedahan itu, muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mendedahkan bahawa Hafidz cuba menghubunginya sejak 9 tahun lalu.

Athira kemudiannya mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Sebaiknya Athira Yuhada ni kalau dah tau Hafidz tu suami orang, dia seharusnya menjauhkan diri. Tapi yalah, tepuk dada tanya selera.

Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *