Petani Raih Pendapatan Lumayan Lebih RM100K Sebulan Jual Air Mani Kerbau

Seorang petani di Thailand Mongkol Mongphet mengejutkan ramai orang apabila dia mengaku meraih pendapatan lumayan menjual air mani kerbaunya. Dia mendedahkan memperolehi sehingga 1 juta bath sebulan (RM130,000) daripada jualan itu.

Petani tersebut, Mongkol Mongphet memberitahu kerbaunya yang diberi nama Big Billion sering menerima tawaran yang lumayan dari penternak kerbau air dari seluruh wilayah Thailand untuk mendapatkan air maninya.

kerbau air, ratu cantik kerbau, big billion, Mongkol Mongphet, thailand

Benih dariĀ Big BillionĀ itu kemudiannya akan digunakan untuk mengandungkan kerbau air betina mereka dengan harapan dapat melahirkan generasi baru kerbau cantik yang akan membesar untuk dijual dengan harga mahal seperti bapa mereka.

Menurut pemilik Big Billion, kerbau itu bukan sahaja menjana pendapatan dengan air maninya, tenaganya juga dikerah untuk pertanian. Najisnya juga digunakan sebagai baja organik untuk menyuburkan tanaman tanpa menggunakan bahan kimia.

Petani itu mengakui keluarganya telah menternak kerbau sejak turun-temurun. Keluarganya menjual kerbau bagi mendapatkan wang bagi menghantar anak mereka ke sekolah.

Di Thailand, kerbau bukan sahaja diternak untuk membantu pertanian, tetapi dipertandingkan dalam acara kecantikan kerbau. Terdapat acara tahunan untuk mempertontonkan kecantikan dan kekuatan kerbau masing-masing.

Selepas Big Billion memenangi beberapa pertandingan kecantikan wilayah, Mongkol ditawarkan 30 juta baht (RM3.9 Juta) untuk Big Billion, tetapi dia menolak tawaran itu.

Sumber: thethaiger

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *