Kaki Gergasi ‘Ayam Naga’ Makanan Pelik Jadi Makanan Istimewa Tahun Baru

Mungkin ramai yang tidak gemar memakan makanan yang pelik, lebih-lebih lagi jikalau makanan tersebut tidak pernah dicuba. Tapi kalau korang betul-betul nak mencabar diri dengan makanan yang pelik, boleh mencuba makanan kegemaran orang kaya di Vietnam ini.

Pelik tapi benar, kaki “ayam naga” menjadi makanan istimewa di Vietnam terutamanya semasa perayaan tahun baru Vietnam, dikenali sebagai Tet. Makanan yang pelik ini sebenarnya menjadi kegemaran golongan berada semasa perayaan tersebut.

ayam naga, dragon chiken, vietnam lunar new year, tet, makanan yang pelik
Gambar: scmp.com

Ayam Dong Tao, juga dipanggil Ayam Naga, adalah baka ayam Vietnam yang jarang ditemui dengan kaki yang besar. Ianya dipanggil ayam Dong Tao kerana ianya diternakĀ di daerah Dong Tao di Hanoi.

Makanan Pelik Yang Mahal

Seekor “ayam naga” yang mempunyai berat empat kilogram, mempunyai kaki besar sekurang-kurangnya satu perlima daripada berat badannya. Dengan berat demikian, ayam naga boleh dijual pada harga kira-kira $150.

Namun jika ayam tersebut lebih bessar, ia boleh dijual pada harga 10 kali ganda. Ada juga yang dipertandingkan dalam pertandingan kecantikan.

Ayam ini juga menjadi simbol status dan dianggap sebagai “barangan” mewah.

ayam naga, dragon chicken, vietnam lunar new year, tet, makanan yang pelik
Gambar: yahoo.com

Ayam ini diternak dengan makanan dari beras dan jagung berkualiti tinggi untuk memberikan rasa daging yang sedap. Disamping itu, ayam ini diternak dalam ruang yang besar dan cukup untuk mereka bergerak. Ini menyumbang kepada perkembangan otot kakinya.

Walaupun makanan ini nampak pelik tapi percaya atau tidak, ayam naga pernah diternak secara eksklusif untuk dimasak dan dihidangkan kepada keluarga diraja dan mandarin.

Sumber: yahoo.com

 

Lagi Artikel Menarik Yang Anda Mungkin Suka!

Ingatkan Bapa Dengan Anak Rupanya Pasangan Suami Isteri

Bekas Ratu Cantik Michelle Reis Masih Menawan Dengan Bikini

Anak Gadis Norman Hakim, Marissa Dania Semakin Cantik!

Lelaki Zakar Kecil Lebih Suka Memiliki Kereta Sport

Petani Raih Pendapatan Lumayan Lebih RM100K Sebulan Jual Air Mani KerbauĀ 

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *