Cara Buat Blog Dengan Custom Domain di Blogspot

Kebanyakan penulis blog bermula dengan platform percuma seperti blogspot.com, tumblr.com atau wordpress.com. Namun platform percuma ini tidak memberikan 100% kawalan keatas blog tersebut. Pemilik blog hanya mempunyai kawalan keatas artikel yang ditulis dan juga reka bentuk blog berkenaan. Pemilik tiada kawalan terhadap fail, mahupun kewujudan blog tersebut.

Andai kata pemilik platform blogspot menghentikan perkhidmatan blog mereka, korang ada risiko untuk kehilangan blog korang.

Untuk blog kelihatan lebih profesional, sekurang-kurang menggunakan domain sendiri pun sudah cukup.

Harini kita akan belajar bagaimana untuk maju selangkah lagi dalam dunia penulisan blog dengan menaik taraf blog dengan menggunakan domain sendiri, atau dipanggil customer domain di platform blogspot.

Apa yang diperlukan untuk Menaik Taraf Blog Di Blogspot

1. Blog di Platform Blogspot

Sudah tentunya blog di platform Blogspot diperlukan. Biasanya blog di platform Blogspot and diberikan url dengan domain blogspot.com. Sebagai contoh, sekiranya ubipanas.com berada di platform blogspot.com, url yang diberikan adalah ubipanas.blogspot.com. url seperti ini yang akan dinaik taraf kepada domain sendiri.

2. Domain sendiri yang dibeli.

Domain sendiri ini hendaklah dibeli dari syarikat penyedia perkhidmatan hosting. Contoh penyedia perkhidmatan yang terkenal di Malaysia adalah datakl.com, exabytes.com, web-hosting.net.my dan banyak lagi. Korang boleh pilih syarikat penyedia yang dipercayai dan beli domain sendiri dari mereka.

Korang juga boleh gunakan link affiliate untuk beli domain melalui datakl.com.

Bagaimana Nak Beli Domain Sendiri?

Memandangkan blog ubipanas.com pada masa ini menggunakan datakl.com sebagai penyedia perkhidmatan hosting, kita akan tunjukkan cara untuk beli domain melalui datakl.

Bila korang masuk ko datakl.com, pilih domain dan page seperti berikut akan ditunjukkan. Isikan doman yang dikehendaki, seperti contoh dibawah.

Untuk extension pula, apa-apa sahaja extension yang dikehendaki boleh dipilih seperti extension .net, .org.biz namun biasanya untuk blog, kebanyakan akan memilih .com

Selepas itu, korang akan dibawa ke page checkout. Namun sebelum masuk ke page checkout, korang akan dibawa ke page berikut. Page ini korang tak perlu buat perubahan, cuma ID protection tu sebaiknya untuk diambil. Bila ID protection ini diambil, secara automatik maklumat peribadi pemilik akan disembunyikan dari maklumat umum.

Selepas itu, hanya 1 lagi page yang perlu dilengkapkan iaitu maklumat peribadi pemilik seperti nama, nombor telefon, email dan alamat. Sebab itulah ID protection tu sepatutnya diambil sebab jika tidak, maklumat peribadi ini boleh dijumpai di internet.

Tekan bayar dan anda telah berjaya menjadi pemilik domain name.

Cara Untuk Naik Taraf Blog Di Blogspot Dengan Domain Sendiri

Kini adalah masa untuk naik taraf blog dengan customer domain. Untuk langkah ini, dalam control panel blogspot blog, pergi ke bahagian setting –> Customer domain.

Klik pada customer domain dan masukkan domain yang baru korang beli dan klik save. Skrin berikut akan ditunjukkan.

Untuk korang yang dapat akses ke DNS editor dalam akaun domain korang, boleh lah edit dalam DNS setting dengan mengisi details dalam DNS setting. Contoh seperti dibawah.

 

Bagi yang tidak ada akses ke DNS setting, sila salin butiran seperti dibawah tadi dan hantar ke support team kepada syarikat hosting dimana pembelian domain dilakukan dan mereka akan mengemas kini butiran tersebut.

Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan datakl, butiran tadi hendaklah dihantar ke support mereka dan akan dikemas kini.

Selepas semua dikemas kini, sekurang-kurangnya 24jam diperlukan untuk domain baru korang berfungsi sepenuhnya.

Korang telah maju selangkah dalam bidang penulisan blog korang. Semoga bermanfaat.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *