Terpotong Telinga Semasa Gunting Rambut, Lelaki Hanya Dibayar RM127 Ganti Rugi

Kadang-kadang kita mengalami kejadian yang pelik dan menyebabkan trauma. Tidak kurang pelik juga dengan apa yang berlaku pada seorang lelaki di China.

Orang lain merayakan tahun baru dengan gembira namun lain pula yang terjadi pada seorang lelaki di China.

Seorang lelaki di China mengalami trauma apabila tukang gunting rambut yang menggunting rambutnya tidak sengaja terpotong telinga lelaki itu semasa menggunting rambutnya sebelum tahun baru cina.

Dapat Pampasan RM127 Sahaja

Lelaki bernama Chen itu mengesahkan bahawa telinga yang tercedera itu perlu dibaiki selepas dia mendapatkan rawatan.  Dia cuba mendapatkan pampasan dari kedai gunting rambut tersebut, malangnya kedai tersebut hanya sanggup membayar sebanyak 200 Yuan (lebih kurang RM127) sebagai pampasan.

Hal tersebut membuatkan lelaki itu marah dan membuat laporan polis.

Mengingat semula kejadian itu, Chen memberitahu bahawa semasa tukang gunting rambut tersebut terpotong telinganya, seluruh tubuhnya berasa sakit dan kebas. Namun demikian, tukang gunting tersebut meyakinkan lelaki itu bahawa kejadian itu hanya perkara kecil dan hanya sedikit kulit telinganya terpotong.

Pada masa itu, tukang gunting rambut itu membiarkan sahaja luka tersebut malah tidak meminta maaf pada masa kejadian. Hanya apabila luka semakin serius barulah kedai gunting tersebut menawarkan untuk membawa lelaki tersebut ke hospital untuk merawat luka tersebut ujar lelaki tersebut.

Pengurus kedai tersebut juga memberitahu dia bahawa itu hanyalah kecederaan pada telinga dan tidak menggangu hidup dan kerja beliau.

Kerana tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut, dia memuat naik gambar telinganya yang cedera ke media sosial yang kini mendapat banyak reaksi dan kritikan terhadap kedai gunting rambut tersebut.

Sumber: sinchew.com.my

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *