Heartbroken Sampai Jatuh Sakit Tapi Hafidz Roshdi Tetap Tak Lupa Kekasih Lama

Kadang-kadang dalam hidup ini, terlalu setia pada cinta pun susah juga. Apatah lagi pada kekasih yang telah lama ditinggalkan. Jangan sesekali diingat cinta yang lama jika sudah ada yang baru.

Baru-baru ini heboh di media sosial mengenai pelakon kacak Hafidz Roshdi kembali pada kekasih lama. Lama bukan sebarang lama. Kekasih lama yang dimaksudkan adalah Athira Yuhada. Dia dikatakan bekas kekasih kepada Hafidz ketika di bangku sekolah dahulu.

afidz roshdi, athira yuhada, gosip hafidz roshdi

Seperti cinta yang lama berputik kembali, Athira dilabel “penyondol” apabila dia didakwa menjadi orang ke-3 dalam rumah tangga Hafidz Roshdi dan isteri, Shuhada.

Sebagai rujukan, istilah “penyondol” adalah panggilan kepada pihak ke-3 yang menggangu rumah tangga pasangan lain.

Namun netizen bagaimanapun mendakwa bahawa Hafidz pada suatu ketika dahulu pernah jatuh sakit gara-gara patah hati kerana putus cinta dengan wanita tersebut. Namun hati yang terluka itu diubati apabila berkenalan dengan perempuan yang kini isterinya ketika di Universiti.

Nampaknya Hafidz Roshdi ni tak pandai serik ye. Dah pernah dikecewakan sekali tu cukuplah. Ni nak ulang tayang kisah di bangku sekolah ke?

hafidz roshdi, athira yuhada, gosip hafidz roshdi

Mungkin Hafidz Roshdi ni tak pernah serik untuk disakiti lagi.

Dalam pada itu, ramai yang beranggapan kedua-duanya masih menyimpan perasaan lama. Tidak kurang juga yang menyuarakan kebimbangan jikalau pasangan masing-masing bertemu semula dengan kekasih lama dari zaman sekolah.

Reunion sekolah itu biasa, tapi kalau reunion cinta tu satu hal!

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *