Iklan 728x90
Netizen Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah RM519 Juta

Netizen Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah RM519 Juta

2022, Jun 02    

Tular baru-baru ini tular di Twitter mengenai kos penyelenggaraan Istana Negara yang mencecah RM519,000,000.00. “Banyak betul kosong tu” Ujar netizan. Ada pula yang berkata untung kepada sesiapa yang menang kontrak tersebut yang berharga lebih setengah billion ringgit.

Berikutan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui akaun Twitter tampil menjelaskan secara lanjut mengenai isu tersebut sebagai respon pihak mereka terhadap satu artikel “M’sians Outraged to Find That Ministry of Works is Paying RM519 MILLION to Maintain Istana Negara” yang dikeluarkan sebuah portal berita Worldofbuzz di mana kos penyelenggaraan bernilai ratursan juga ringgit itu adalah jumlah keseluruhan bagi tempoh tujuh tahun yang akan berakhir pada bulan ini.

MAKLUM BALAS MEDIA JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TERHADAP ARTIKEL YANG DTERBITKAN OLEH https://t.co/4jZUd2O0DF BERTAJUK “M’SIANS OUTRAGED TO FIND THAT MINISTRY OF WORKS IS PAYING RM519 MILLION TO MAINTAIN ISTANA NEGARA”. pic.twitter.com/dbxG9wHiHV

— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) June 1, 2022

Menurut kenyataan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, kontrak tersebut adalah jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan selama 7 tahun yang akan tamat pada 30 Jun 2022. Kos tersebut adalah merangkumi kos penyelenggaraan fasiliti dengan keluasan tanah seluas 241.3 ekar. JKR memberitahu kerja-kerja tersebut perlu dilakukan kerana Istana Negara merupakan simbol kepada kedaulatan dan identiti negara.

Kos Maintenance Istana Negara

Namun begitu, masih ramai yang mempersoalkan kewajaran untuk menghabiskan kos sebanyak itu untuk menyelenggara Istana Negara. Ada juga netizan yang membandingkan kos penyenggaraan fasiliti lain, seperti hospital, sekolah, jalan raya dan sebagainya. Ada juga yang membandingkan kos penyelenggaraan White House di Amerika yang hanya menelan belanja sebanyak RM3.3 Million setahun.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan perkara tersebut. Namun yang menjadi persoalan, dari manakah duit sebanyak itu datang untuk membiayaai kos penyelenggaraan tersebut?