Uqasha Senrose Selamat Bersalin Bayi Perempuan, Beri Nama Uqaira

Pelakon Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen selamat melahirkan cahaya mata sulung pada awal pagi sabtu, 27.04.2024.

UQASHA SENROSE BERSALIN_UQAIRA

Isteri kepada pelakon Kamal Adli itu berkongsi berita gembira menerusi hantaran di Intagram. Pasangan ini bersepakat memilih nama Uqaira buat puteri sulung mereka.

Dalam pada itu, Uqasha meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi perempuan yang seberat 2.72 kilogram itu dipermudahkan.

Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi. Welcome to the world, sayangku. I love you so much Uqaira sayang.

Uqasha sempat berkongsi foto pertamanya bersama Uqaira.

UQASHA SENROSE_KAMAL ADLI

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022.

Sumber: IG Uqasha Senrose

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *