Sophia Albarakbah Pakai Seksi Bukan Sebab Jahat, Cuma Nak Jadi Diri Sendiri
Sophia Albarakbah pelakon dan model wanita Malaysia yang berumur 29 tahun menafikan kemunculannya dalam industri hiburan tanah air adalah disebabkan imej dan penampilan seksi beliau.
Sebelum itu baca dulu:
- 10 Gambar Terkini Sophia Albarakbah Yang Elegan dan Menawan
- Sophia Albarakbah Berani Jadi Transgender — Melangkah Keluar Zon Selesa Dalam Filem Amira Amir 2026
- Sophia Albarakbah Buka Gerai Jual Air Kelapa di Bazaar Ramadan Stadium Merdeka
- Bella Astillah & Syed Saddiq Kahwin 28 Mac 2026? Betul Ke?
Gambar: Sophia Instagram
Pelakon yang terkenal dalam lakonannya melalui Miimaland, Pasal Kau!, Tercipta Satu Ikatan (2020) dan Hadiah Dari Tuhan (2020) menyatakan bahawa dia memang sudah mempunyai penampilan sedemikian walaupun sebelum menceburi bidang hiburan lagi.
Gambar: mStar
Memetik kata-kata Sophia Albarakbah dalam kenyataannya kepada mStar;
“Seksi ke? saya tak tahu kalau pasal imej tersebut. Sebab saya sebelum masuk industri memang dah imej macam tu. Saya tak rasa seseorang pelakon itu dapat watak heroin disebabkan berimej seksi”
“Bagi saya tak payah lah nak komen penampilan orang kalau tak kenal personaliti orang tu. Tak semestinya orang imej seksi tu jahat,”

Dari apa yang kami perhatikan, Sophia Albarakbah tidaklah berpakaian menjolok mata sehingga gambar jadi tatapan umum. Namun cara pemakaian beliau kadang-kadang agak menarik perhatian.
Namun itulah lumrahnya kalau sudah terbabit dalam dunia hiburan. Berbagai gosip dan komen negatif daripada peminat.
Sumber: mStar