Berbaloi Siti Bainun Masuk Penjara, Badan Semakin Kurus Dan Semakin Cantik

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun mencuri tumpuan ramai apabila dia kelihatan semakin kurus sejak masuk penjara.

Siti Bainun difahamkan sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 150kg kini menyusut ke 90kg sahaja sejak menjejak kaki di penjara 3 Mei yang lalu.

Siti Bainun yang kelihatan semakin kurus muncul di perkarangan Mahkamah Tinggi KL untuk rayuannya berhubung sabitan kesalahan menganiaya remaja sindrom Down, Bella di sebuah kondominium Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. Dia dilihat diiringi oleh pegawai penjara.

Siti Bainun yang disabitkan bersalah kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

Dia juga didenda untuk melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat hukuman penjara.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *