Orang Kelantan Memang Liat Bayar Hutang ke?

Nak tanya, orang Kelantan memang liat bayar hutang ke?

Entah siapa yang salah ku tak tahu, yang kini menjadi beban fikiran di hatiku. Bagaikan lagu sedih ini berkumandang di corong radio, begitu jugalah nasib seorang lelaki yang berasal dari negeri Kelantan.

Lelaki ini membawa isu itu diskriminasi pinjaman terhadap dirinya ke platform video tiktok dan dikongsi oleh akaun tiktok/@F@S.

Lelaki tersebut cuba membuat pinjaman untuk membeli motorsikal namun sebelum dokumen dihantar, pekerja yang dipercayai bertanggungjawab mengurus pinjaman untuk pembelian motorsikal memberitahu bahawa pihak pemberi pinjaman tidak menerima permohonan untuk orang yang berasal dari Kelantan.

@buzy24hour Membalas kepada @𝖏𝖔𝖐𝖔 ♬ bunyi asal – F@S

Dalam video tiktok berdurasi 18 saat, lelaki tersebut berkongsi pesanan suara whatsapp dan kedengaran suara seorang perempuan;

Maaf tanya encik orang kelantan ke?
Pihak loan tak terima orang kelantan. Minta maaf ye.

“Aku pun tak tahu apa salah orang kelantan” tulis pemilik akaun tiktok tersebut.

Video tersebut sudah meraih lebih 200 ribu tontonan dan lebih 700 komen.

Menurut komen netizen, perangai segelintir rakyat negeri Kelantan yang susah untuk membayar pinjaman menjadi punca diskriminasi tersebut berlaku.

Ada yang memberi komen bahawa ramai yang membuat penjaman untuk beli kenderaan, tapi selepas itu kenderaan tersebut dibawa balik kampung dan pinjaman tidak dilunaskan.

Namun yang menarik perhatian adalah beberapa komen yang menjelaskan bahawa untuk pinjaman pembelian motorsikal, lebih baik dibuat di negeri asal.

Kes lari kedai byk sgt. Nak senang lulus amik kt negeri sendiri. Senang pihak sana nk kejar

Namun ramai juga yang berharap diskriminasi seperti ini dihentikan. Tidak kurang yang berkata bahawa sebenarnya rakyat negeri Kelantan ni banyak duit dan lebih suka bayar cash. Mereka juga mempunyai simpanan emas.

Seorang netizen berkongsi pengalaman menjual penapis air dan warga Kelantan terus bayar cash.

Ada juga yang berkongsi komen mengatakan rakyat Negeri Kelantan datang ke Kuala Lumpur, buat pinjaman, lepas tu bila balik kampung, terus pinjaman tak bayar.

Kitorang di ubipanas pun musykil, betul ke rakyat negeri Kelantan ni susah nak bayar pinjaman? Ataukah rakyat negeri lain pun sama?

Mungkin boleh berkongsi pengalaman korang di ruangan komen.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *