Bunga Citra Lestari Bakal Kahwin Lagi Dengan Tiko Aryawardhana, Tiada Lagi Sinclair Di Instagram BCL

Dikhabarkan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) akan berkahwin kali kedua dengan kekasihnya Tiko Aryawardhana pada hari ini di Bali, Indonesia. Dia juga menukar nama akaun instagram dari ‘bclsinclair’ ke ‘itsmebcl’.

Bunga Citra Lestari, BCL, Tiko Aryawardhana

BCL juga dikhabarkan menempah semua bilik hotel untuk para tetamu majlis perkahwinannya. Portal hiburan Indonesia mendedahkan lokasi pernikahan tersebut akan dilangsungkan di sebuah resort mewah, Amankila Resort, Bali.

Resort mewah itu juga dikatakan sudah dikawal ketat sejak pagi ini. Mengikut laporan portal hiburan Indonesia, penggawal keselamatan mengawal laluan masuk resort bagi memastikan kumpulan media tidak memasuki premis terbabit.

Rancangan perkahwinan mereka terbongkar selepas pihak jabatan agama mengesahkan permohonan perkahwilan Bunga Citra Lestari dan Tiko.

Bunga Citra Lestari
Gambar: Instagram/@itsmebcl

Majlis perkahwinan antara BCL dan usahawan Tiko Aryawardhana juga sangat eksklusif kerana jumlah tetamu dijemput tidak lebih dari 100 orang. Ianya dijangka diharini oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Bagaimanapun BCL dihujani kritikan oleh peminatnya. Ruangan komen instagram akaun BCl diserang oleh netizen seolah-olah mereka tidak merestui perkahwinan beliau dengan Tiko. Ramai yang memberi komen kerana merasakan dia sudah melupakan arwah suaminya.

Pelbagai komen sindiran diterima sehingga ada yang mengungkit kisah dia menempah lot kosong bersebelahan kubur Ashraf.

Namun menurut penyanyi itu, dia bukannya “move on” dan melupakan arwah suaminya. Dia cuma ingin bangkit kembali.

“Kalau ‘move on’, aku rasa sebuah duka seperti ini sampai kapan pun tidak akan pernah bisa ‘move on’,” katanya ketika ditemuramah, baru-baru ini.

Menikahi lelaki lain juga tidak bermakna dia sudah melupakan rasa sedih, namun dia hanya ingin mencari bahagia demi anak tunggal dia bersama Ashraf, Noah, 12.

BCL, Bunga Citra Lestari, Noah
Gambar: instagram/@itsmebcl

“Tapi bagaimana kita bisa hidup kembali, semangat lagi, bangkit kembali tanpa melupakan, ‘live with the pain’.

“Kita pelan-pelan belajar untuk bisa hidup dengan kesakitan dan membuat memori-memori baharu yang bisa buat kita bahagia.

“Kan anak juga perlu bahagia, aku juga perlu bahagia supaya anak terus bahagia,” ujarnya.

BCL pernah berkahwin dengan  pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Menurut laporan hops.id,  keluarga arwah suaminya Ashraf Sinclair juga sudah memberikan keizinan untuk BCL untuk mendirikan keluarga bersama lelaki pilihannya, Tiko Aryawardhana.

Kami di ubipanas masih ingat bagaimana Bunga Citra Lestari menangis semasa persembahan Judika di Indonesian Idol dengan lagu berjudul Tak mungkin. Kita berharap Bunga akan menemui kembali bahagia untuk dia dan anak.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *