Bergaduh Pasal Tanah, Zakar Seorang Lelaki Ditembak Oleh Bapa Saudara

Demi harta dan kekayaan, manusia sanggup melakukan apa sahaja.

Itulah yang terjadi di India dimana seorang lelaki warga emas sanggup menembak anak saudaranya kerana bergaduh disebabkan oleh isu tanah.

Gambar: India.com

Satu video viral di sosial media yang menunjukkan seorang lelaki menembak anak saudaranya di bahagian alat sulit selepas dicabar berbuat demikian.

Video itu dirakam oleh mansag sebelum dia ditembak.

Kejadian dikatakan berpunca daripada lelaki warga emas yang bernama Bhaga mengambil tanah dari kawasan anak saudaranya, Hameed tanpa kebenaran.

Hameed cuba menghentikannya namun ianya membawa kepada pergaduhan antara bapa saudara dan anak saudara. Tanpa berfikir panjang, lelaki warga emas itu kemudiannya menembak anak saudaranya di bahagian alat sulit apabila dicabar berbuat demikian.

Disebabkan kecederaan itu, Hameed dikejarkan ke sebuah pusat perubatan untuk rawatan.

Pihak polis telah dimaklumkan tentang kejadian itu dan telah membuka kertas siasatan.

Gambar: Twitter/@partimuda

Bak kata Tajuddin, jangan la probok-probok ye, nanti benda yang boleh bincang pun jadi rumit. Kan dah jadi masalah lain pula.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *