Janna Nick Akui Kesilapan mengundang Pendakwah, Ustaz Wadi Annuar Ke Majlis kahwin – “Saya Rasa Diri Sangat Hina Jika Dibandingkan Dengan Mereka”

Nurul Jannah Muner atau pelakon yang lebih dikenali sebagai Janna Nick mengakui kesilapan memjemput pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar ke majlis perkahwinan beliau.

Sebelum itu, pendakwah bebas itu dijemput oleh Janna Nick ke majlis perkahwinan dia dan Dini yang diadakan di sebuah resort mewah di Pulau Langakawi pada 10 Jun lalu.

janna nick kahwin

Walaubagaimana pun, kehadiran ustaz Wadi ke majlis perkahwinan Janna itu dikecam oleh segelintir pihak. Dia juga dikecam hebat oleh netizen.

Menyedari keadaan itu, Janna menjelaskan bahawa dia hanya ingin memohon keberkatan kepada Allah supaya majlis perkahwinannya berjalan lancar.



Namun mulut nakal netizen sukar dibendung. Ramai netizen mengkritik majlis itu yang tidak sesuai dihadiri oleh ahli agama, lebih-lebih lagi pakaian Janna dikatakan tidak menutup aurat.

Tujuan saya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum hari pernikahan minta dia untuk ketuai majlis doa selamat dan bacaan yassin. Malam itu juga, dia ada menyampaikan ceramah bertajuk Memimpin Isi Rumah Ke Syurga.

 

Kerana itu Ustaz Wadi tahu ada undangan perkahwinan dan saya tidak tahu hukum dalam Islam kalau dah jemput orang itu, wajib kena datang.

 

Saya minta maaf itu adalah kealpaan saya, saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan dia.

gambar janna nick, gambar janna nick kahwin, dini azan

Saya seorang yang cetek ilmu sangat menghormati mereka, saya rasa sangat hina jika dibandingkan dengan mereka, ujar Janna lagi.

Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak lagi kaitkan nama Ustaz Wadi dengan saya. Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan dia.

 

Semoga semua orang boleh hentikan isu ini dan tidak berlaku perbalahan. Niat saya hanya mahu mohon keberkatan daripada orang yang ilmunya tinggi untuk mendoakan perkahwinan saya.

Untuk rekod, Janna Nick dan suami, Dini Azan Schatzmann disatukan dalam satu majlis tertutup di Masjid A’isyah Sungai Menghulu, Langkawi pada 10 Jun 2023.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *