Vanidah Imran Sah Bergelar Isteri kepada Arifabillah Idris

Pelakon cantik dan terkenal Vanidah Imran, sah bergelar isteri kepada Arifabillah Idris.

Vanidah Imran yang berumur 49 tahun dan Arifabillah Idris yang berumur 43 tahun disatukan dalam satu majlis perkahwinan yang sederhana. Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan juga kenalan rapat mereka.

Perkahwinan pasangan tersebut selamat dilangsungkan pada khamis lalu, 7 Julai 2022 tepat pukul 12.12 tengahari.

Vanidah menerima seutas rantai emas sebagai mas kahwin selain berbalas dua dulang hantaran. Pasangan tersebut bagaimanapun tidak berkongsi jumlah wang hantaran atas permintaan keluarga.

Vanidah Imran, Arifabillah Idris, Vanidah Imran Kahwin Lagi
Kredit: astroawani.com / Vanidah Imran Kelihatan gembira sambil disarungkan cincin oleh suaminya, Arifabillah Idris.

Baca berita panas lain: Ayie Floor88 Dan Isteri Buka Akaun Instagram Bakal Cahaya Mata Perempuan.

Dalam majlis tersebut, vanidah mengenakan pakaian pereka terkenal Rizman Ruzaini.

Menyedari bahawa kembali memikul tanggungjawab sebagai seorang Isteri sekali lagi bukanlah sesuatu yang mudah.

“Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika” kata Vanidah Imran.

Menurutnya lagi, kedua-dua mereka pernah melalui perkahwinan yang gagal, dan telah matang daripada pengalaman lalu. Keduanya berharap dapat melalui kebahagiaan yang berpanjangan dengan penyatuan ini.

Suaminya, Arifabillah Idris seorang jurutera dan pesilat negara juga pernah berkahwin empat orang anak. Vanidah Imran pula pada masa kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UITM) mempunyai 2 orang anak hasil dari perkahwinan sebelum ini.

Kami berharap perkahwinan kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat buat Vanidah Imran dan Arifabillah Idris.

 

Lagi Berita Panas;

Anak Gadis Norman Hakim, Marissa Dania Semakin Cantik!
Bekas Ratu Cantik Hong Kong Michelle Reis, 52, Masih Menawan Dengan Bikini
Pakai Seksi Tak Semestinya Jahat Tapi Sophia Albarakbah Cuma Nak Jadi Diri Sendiri
Neelofa Sekeluarga Merancang Berhijrah ke Tanah Arab

Add a Comment

Your email address will not be published.