Ayie Floor88 Dan Isteri Buka Akaun Instagram Bakal Cahaya Mata Perempuan

Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah  bersama isterinya Tasha Awie mendedahkan jantina bayi pertama mereka pada malam Jumaat lepas. Menerusi perkongsian video dan foto di Instagram  Ayie, pasangan itu mendedahkan bakal menyambut kelahiran bayi perempuan.

Ayie Elham, Floor88, Tasha Awie
Gambar: Ayie Elham Instagram

Penyanyi berusia 24 tahun itu bersama isterinya mendedahkan jantina bayi pertama mereka dengan meletup belon hitam dan disertakan dengan serbuk berwarna merah jambu.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut. Ayie turut memuat naik video sambutan majlis tersebut melalui saluran Youtube Ayie.

Isteri Ayie Elham mengandung
Gambar: Ayie Elham Instagram

Ayie dan isteri mendedahkan bahawa mereka juga sudah membuka akaun rasmi untuk bakal puteri sulung mereka menggunakan nama Aetajunior. Pemeriksaan pasukan Ubipanas mendapati semasa berita ini ditulis, akaun tersebut masih lagi dalam mode private.

Menerusi laporan mStar, Ayie memberitahu bahawa isterinya sudah melakukan pemeriksaan jantina bayi mereka pada bulan mac namun masih samar-samar.

Ayie yang mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau nama penuh, Nur Natasha Awi pada Oktober tahun lalu dijangka akan menimang cahaya mata pertama mereka pada bulan ogos atau september tahun ini.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *