Iklan 728x90
One Piece Live Action Dah Keluar Season 2 Di Netflix, Kami Baru Tahu!

One Piece Live Action Dah Keluar Season 2 Di Netflix, Kami Baru Tahu!

2026, Mar 24    

Kami terlambat sikit dengar berita ni. Tapi tak apa, lagi baik tahu lambat dari tak tahu langsung, kan?

Jadi, bagi korang yang masih tak tahu, One Piece Live Action Season 2 dah pun keluar di Netflix! Season ni baru keluar pada 10 Mac 2026 lepas, dan kalau korang baru sedar lepas scroll TikTok malam tadi, welcome to the club!

One Piece Season 2</figure>## Berapa Episod Untuk Season 2 ni?

Season 2 ni bawa tajuk rasmi ONE PIECE: Into the Grand Line, dan sama macam season pertama, akan ada 8 episod kesemuanya dan semuanya keluar serentak.

Maksudnya, boleh la binge One Piece Season 2 ni. Netflix memang suka buat kita binge sampai pukul 3 pagi kan?

Pengembaraan Kali Ini Kat Mana?

Kalau season 1 bawa Luffy dan geng keluar dari East Blue, season 2 ni diorang akan masuk kawasan yang lagi ganas, iaitu The Grand Line.

Antara lokasi baru yang bakal diterokai termasuk Loguetown, tempat di mana Raja Lanun Gold Roger dihukum bunuh; Reverse Mountain, laluan masuk ke Grand Line di mana sungai mengalir ke atas; Whisky Peak, pulau yang mesra lanun; dan Little Garden, pulau yang macam zaman prasejarah.

Season 2 ni adaptasi arc dari manga seperti Reverse Mountain, Whisky Peak, Little Garden, dan Drum Island. Fans manga One Piece mesti happy kan baca list ni.

Apa Cerita Season 2 ni?

Season 2 Luffy and the geng bakal berdepan musuh-musuh yang lebih garang dan ganas berbanding season 1. Sepanjang perjalanan mereka akan mencari harta karun, menjumpai pulau-pulau pelik dan musuh-musuh baru yang ganas lagi menggerunkan.

Season ini juga memperkenalkan watak baru yang ramai peminat dah lama tunggu iaitu Tony Tony Chopper, si rusa comel yang boleh bertukar bentuk, kali ini dilakonkan oleh Mikaela Hoover. Dan korang juga akan berkenalan dengan watak misterius Miss Wednesday, dilakonkan oleh Charithra Chandran.

Patut Tak Tengok Season 2 ni?

Pendek kata, patut!

Pada sesiapa peminat manga dan Anime One Piece, memang patut tengok. Lebih-lebih lagi kalau dah tengok season 1 sebelum ni.

Season pertama mendapat banyak pujian daripada penonton dan pengkritik, dengan skor pengkritik 86% dan skor penonton 95% di Rotten Tomatoes. Itu bukan sikit tau.

Dan kalau korang risau “eh, Netflix live action anime mesti tak best”, risau tu valid, tapi One Piece dah buktikan sebaliknya.

Pencipta asal manga One Piece iaitu Eiichiro Oda sendiri terlibat sebagai konsultan bahagian kreatif.

So, ada kawalan kualiti dari orang paling penting ada sekali dalam live action ni.

Malah, menurut Netflix, mereka pun dah start penggambaran untuk One Piece Live Action Season 3. Ini bermakna diorang sendiri pun yakin season 2 ni akan berjaya menarik penonton.

Jadi tunggu apa lagi, boleh lah start tengok One Piece: Into the Grand Line. Season 2 dah tunggu di Netflix. Hujung minggu pun tak lama lagi.

Kami di ubipanas.com plan nak binge watch season 2 hujung minggu ni.

One Piece Live Action Season 2 kini boleh ditonton sepenuhnya di Netflix. Kalau belum ada akaun Netflix, ambil akaun paling basic untuk phone sahaja pun okay, RM18.90 je sebulan!