Iklan 728x90
Alan Ritchson AKA Reacher Pukul Jiran Sendiri Depan Anak-Anak, Ada Video!

Alan Ritchson AKA Reacher Pukul Jiran Sendiri Depan Anak-Anak, Ada Video!

2026, Mar 23    

Siapa sini peminat drama Reacher yang popular di Amazon Prime Video?

Kalau tengok dalam drama tu, Reacher asyik belasah orang je. Tapi nampaknya adegan drama belasah orang masih tak cukup buat Reacher.

</figure>Apa yang berlaku kalini, bukan dalam drama tapi betul-betul terjadi. Bintang drama popular Amazon Prime Video, Reacher, iaitu Alan Ritchson berada di tengah-tengah kontroversi selepas video yang menunjukkan dia memukul jirannya di Tennessee, Amerika Syarikat tular di media sosial semalam.

Kalau tengok video tu, cara dia pukul jiran dia memang nampak sebiji macam dia belasah orang dalam Drama TV tu.

Video Credit: TMZ

Kejadian berlaku pada Ahad, 22 Mac 2026, di kawasan perumahan mewah Brentwood, Nashville. Yang buat ramai terkejut dua orang anak Ritchson sendiri ada di situ menunggang basikal motor kecil mereka masa semua tu berlaku.

Macam Mana Pergaduhan **Alan Ritchson** AKA Reacher Bermula?

Menurut laporan TMZ, Pergaduhan antara Ritchson dan jirannya Ronnie Taylor bermula apabila Ronnie Taylor menegur pelakon itu kerana memandu motosikal dengan laju dan bising di kawasan kejiranan mereka.

Alan pada masa itu lalu memandu motosikal bersama dengan anak-anaknya semasa kejadian berlaku.

Versi Jiran vs Versi Ritchson

Ronnie mendakwa Alan menumbuknya beberapa kali, menendang, dan cuba melanggarnya dengan motosikal. Taylor mengalami lebam dan bengkak di muka walaupun tidak mendapatkan rawatan hospital.

Tapi pihak Ritchson ada cerita lain. Sumber rapat dengan pelakon itu mendakwa Ronnie yang mula-mula berlari ke tengah jalan menghalang motosikal Alan secara agresif, menyebabkan dia terjatuh dan mengalami luka serta kecederaan jari. Ronnie kemudian menolaknya ke tanah buat kali kedua sebelum Alan membalas, ala-ala Jack Reacher.

Siasatan Sedang Berjalan

Pihak polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan. Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat. Video pergaduhan tu kini sedang disemak bersama keterangan saksi. Dikhabarkan Alan Ritchson memberi kerjasama penuh pada pihak polis dan tiada sebarang tangkapan dibuat.

Musim 4 Reacher Pun Dah Siap Ditayangkan

Ironiknya, kejadian ni berlaku dalam masa yang sama Alan Ritchson baru je mengumumkan berita gembira kepada peminat Reacher di seluruh dunia. Musim 4 Reacher dah selesai penggambaran dan bakal ditayangkan di Amazon Prime Video sebelum hujung 2026, dengan lebih kurang 30 adegan pertarungan, rekod terbanyak dalam sejarah siri ini.

Nampaknya adegan lawan dalam drama tak cukup lagi untuk Ritchson ye? Ataupun mungkin hanya gimik marketing untuk drama terbaru itu.

Apa pun kami di ubipanas.com berharap Alan Ritchson dan Ronnie Taylor dapat saling memaafkan. Korang kan jiran!