Iklan 728x90
Kamal Adli — Raya Pertama Seorang Diri Selepas Bercerai Dengan Uqasha

Kamal Adli — Raya Pertama Seorang Diri Selepas Bercerai Dengan Uqasha

2026, Mar 23    

Disaat ramai yang menyambut Aidilfitri dengan keluarga tersayang, lain pula terjadi dengan pelakon Kamal Adli.

Aidilfitri kali ini berbeza buat pelakon Kamal Adli selepas bercerai dengan Uqasha Senrose pada 12 Januari 2026 yang lalu. Inilah kali pertama dia menyambut Syawal tanpa keluarga kecilnya di sisi.

</figure>Kamal sendiri mengakui berat hati menghadapi hari raya tahun ini. “Tiga tahun saya raya dengan keluarga kecil saya, isteri dan anak. Tahun ini, saya akan beraya seorang diri pada hari pertama sebab anak saya akan bersama ibunya,” katanya.

Menurutnya Kamal Adli lagi, sepatutnya tahun ini merupakan giliran pulang menyambut Aidilfitri di kampung ibunya di Pahang.

Bagaimanapun, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, tidak dapat menunaikan hasrat membawa isteri pulang ke negeri Tok Gajah tersebut disebabkan sudah berstatus duda.

“Raya kali ini berbeza sebab sepatutnya raya Pahang, kampung mak. Ini pertama kali menantu-menantu beraya di sana.

“Sepatutnya pertama kali untuk rasa raya di Pahang tapi tak berkesempatanlah” katanya yang berstatus duda selepas bercerai dengan Uqasha Senrose pada Januari lepas.

Namun begitu, dia tetap positif. Kamal merancang untuk bertemu anak perempuannya, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun, sebelum pulang ke kampung di Pahang bersama ibu bapa dan adik-beradiknya.

Bukan Pertama Kali Rasa Pahit Bersendirian

Sebenarnya, pengalaman hidup seorang diri bukan benda baru buat Kamal. Awal Ramadan lalu, dia sendiri berkongsi di media sosial yang dia terlepas sahur hari pertama puasa — penggera tak berbunyi, atau lebih tepat kata Kamal dengan nada berseloroh, “alarm yang pergi sahur sendiri.” Netizen pun ramai yang simpati, ada yang sanggup tawarkan diri jadi penggera peribadi dia!

Maaf Dan Memaafkan, Tema Raya Tahun Ini

Apabila ditanya soal raya dan keampunan, Kamal jujur mengakui ia topik yang berat baginya tahun ini. “Bila balik rumah, saya muhasabah diri. Maaf dan memaafkan itu penting. Saya harap orang boleh maafkan saya jika ada salah silap, dan saya juga belajar untuk maafkan orang lain.”

Tiada Isu Hak Penjagaan

Menariknya, walaupun sudah bercerai, Kamal dan Uqasha dilaporkan tidak memfailkan sebarang tuntutan hak jagaan ke atas Hawra. Kedua-dua pihak bersetuju untuk berkongsi masa bersama anak mereka secara bersama, dan Kamal memuji bekas isterinya kerana memudahkan urusan bila dia ingin meluangkan masa bersama Hawra.

Kami di ubipanas.com doakan Kamal Adli tabah melalui lembaran baru ini!