Bella Astillah & Syed Saddiq Kahwin 28 Mac 2026? Betul Ke?
Spekulasi mengenai kemungkinan perkahwinan antara pelakon-penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin hangat diperkatakan di media sosial.
</figure>Macam-macam isyarat halus tersembunyi yang muncul daripada rakan-rakan selebriti mereka. Bukan sahaja dari rakan selebriti, malah PMX pun terpalit sama dalam gosip mereka.
Hint Demi Hint Buat Netizen Tertanya-Tanya
Menambahkan lagi spekulasi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan sempat bertanya kepada Bella sama ada beliau telah menerima jemputan ke sesuatu majlis.
Ketika menghadiri Absolut Bazaar di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), PMX Anwar Ibrahim sendiri bertanyakan pada Bella mengenai jemputan yang dikatakan masih belum diterima.
Namun, Bella hanya menjawab “Insya-Allah.”
Jawapan itu secara tidak langsung menambahkan lagi misteri!
Rakan artis Ben Ali pula meninggalkan komen di Instagram Bella berbunyi “Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya,” yang terus mencetuskan spekulasi bahawa sesuatu yang besar bakal berlaku sebaik Aidilfitri berakhir.
Apa kata Syed Saddiq Sendiri?
Apabila ditanya wartawan mengenai hari bahagia mereka, Syed Saddiq menjawab dengan tenang bahawa soal seperti itu sepatutnya hanya dibincangkan antara dua keluarga sahaja.
“Daripada kita cerita secara umum, lebih baik kita bincang antara keluarga,” katanya ringkas.
Tapi biasalah netizen, bila dapat jawapan macam tu, mesti ramai yang cuba mentafsir apa maksud sebenar jawapan itu. Ada yang tafsir itu sebagai pengakuan tersirat bahawa perbincangan memang sedang berlaku.
Syed Saddiq menafikan dakwaan bahawa dia telah mengedarkan kad kahwin di Parlimen, menjelaskan bahawa apa yang diedarkan itu adalah permohonan mewakili suara rakyat Muar kepada Perdana Menteri, bukan kad jemputan perkahwinan.
Adik Bella Pun Bagi Hint!
Adik Bella, Didi Astillah, pula menambah api apabila membalas komen seorang netizen yang pernah berjanji akan mendaki Gunung Kinabalu jika Bella kahwin dengan Syed Saddiq.
Didi menyuruh orang itu mula berlatih, sekali gus buat semua orang teruja!
Apa pun, kami semua berharap gosip ini menjadi kenyataan. Pasti ramai peminat BASS yang ternanti-nantikan.
Tarikh yang disebut-sebut: 28 Mac 2026. Tinggal beberapa hari je lagi!