Kalau dah memang orang Malaysia, durian tetap menjadi raja buah, lebih-lebih lagi bagi penggemar buah durian. Dengan harga pasaran yang agak mahal, kadang-kadang terdetik juga kenapa harga durian begitu mahal berbanding dengan buah lain.
Bagi pelakon cantik manis, Yumi Wong, harga durian yang beliau makan terlebih mahal.
Kerana sebiji durian, habis duit RM1,000 ringgit.
Baru-baru ini, pelakon Yumi Wong berkongsi di akaun instagram beliau bahawa dia pernah didenda oleh sebuah hotel tempat dia dan krew penggambaran menginap. Dia didenda sebanyak RM1,000 selepas Yumi didapati telah memakan durian di dalam biliknya.
Sebagai bukti, mereka turut berkongsi gambar biji durian yang dibuang oleh Yumi ke dalam tong sampah.
“Saya sangat bodoh sehingga saya tidak tahu anda tidak boleh makan durian di hotel… baiklah, saya telah didenda RM1,000, durian ini sangat mahal…” .
Nampaknya bukan semua orang boleh menerima kehadiran raja buah ini.
Sumber: 8days.sg