Cara Mudah Membeli Binance (BNB) Coin di Malaysia (2023)

Bagaimana untuk membeli Crypto Binance (BNB) Coin di Malaysia?

Dalam keadaan semasa di pasaran Crypto, anda mungkin berminat untuk membeli Crypto Coin. Tapi bagaimana?

Beberapa langkah mudah dijelaskan di bawah. Memandangkan mata wang kripto semakin mendapat perhatian, inilah masanya untuk membeli Crypto Bitcoin atau Binance (BNB) Coin.

BNB Coin

BAGAIMANA UNTUK MEMBELI BINANCE (BNB) COIN DI MALAYSIA

Tidak semua kad bank yang dikeluarkan di Malaysia boleh digunakan untuk membeli mata wang Crypto. Setakat yang kami cuba, Kad Debit Maybank dan Kad Kredit Aeon tetapi keduanya tidak diterima di pasaran Crypto Binance.

Banyak platform pasaran Crypto boleh digunakan dari Malaysia untuk membeli Binance Coin, isunya ialah bagaimana untuk membeli dengan wang ringgit?

  1. Salah satu cara untuk membeli menggunakan ringgit ialah dengan menggunakan kad Big Pay. Hanya masukkan wang dalam Akaun Big Pay anda, pastikan jumlah minimum wang yang diperlukan untuk membeli dan gunakannya untuk membeli Binance (BNB) Coin daripada platform pasaran Crypto Binance.
  2. Sekiranya cara di atas tidak berjaya, cara kedua adalah menggunakan debit kad Wise. Seperti cara diatas, masukkan wang ke dalam akaun wise anda, pastikan jumlah yang mencukupi untuk melakukan transaksi.

Sekiranya kedua-dua cara diatas tidak berjaya, cara yang terakhir adalah menggunakan Crypto Exchange yang berdaftar di Malaysia iaitu Luno.



Luno Malaysia ialah entiti berlesen untuk mengendalikan pertukaran mata wang Crypto di Malaysia. Bermakna mereka beroperasi secara sah di Malaysia. Satu-satunya masalah ialah, mereka tidak menawarkan Binance Coin dalam Exchange mereka. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan mereka, ikuti panduan ini tentang cara membuka akaun dengan Luno.

Luno Malaysia hanya menawarkan sedikit pilihan termasuk Ethereum, Ripple, Bitcoin, Litecoin dan Bitcoin Cash. Anda boleh membeli mana-mana syiling ini dan memindahkannya ke mana-mana pasaran Crypto pilihan anda yang menawarkan Syiling Binance. Dari sana, anda boleh membeli dan menyimpan Syiling Binance anda.

Di bawah ialah senarai beberapa pasaran pertukaran Crypto di mana anda boleh membeli Binance Coin dari Malaysia. Anda boleh mencuba salah satu daripadanya, buka akaun dan lihat sama ada ciri mereka sesuai dengan anda.

  1. Binance
  2. Poloniex
  3. Huobi Global Exchange

 

CARA MUDAH BAGAIMANA UNTUK MEMBELI BINANCE (BNB) COIN DI MALAYSIA

  1. Gunakan Kad BigPay/Wise/Atau Akaun Luno Malaysia
  2. Untuk BigPay/Wise, masukkan wang secukupnya dalam akaun anda dan gunakan kad untuk membuat pembayaran
  3. Untuk Luno Malaysia, beli Crypto yang boleh didapati di Luno
  4. Pindahkan syiling ke Crypto Exchange pilihan anda.
  5. Beli sebanyak mana Binance (BNB) coin yang anda suka.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *