Iklan 728x90

Netizan Jadi Angau Sebab Syed Saddiq ‘Terlepas Cakap’ Masa Live TikTok Bersama Bella

Pasangan merpati dua sejoli iaitu Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dan selebriti, Bella Astillah turun padang harini bagi menyerahkan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri untuk pengundi Parlimen Muar. Difahamkan, sumbangan bernilai RM1.36 juta itu merupakan hasil titik peluh Syed Saddiq menjadi model sebuah syarikat pakaian, Primavalet bagi koleksi Aidilfitri bersama Bella. Namun kehadiran pasangan itu mencuri perhatian netizan. Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Bella dan Syed Saddiq dilihat menaiki kereta selepas penyampaian sumbangan kepada penduduk di Muar, Johor selesai. Apa yang menarik perhatian netizen, satu momen spontan yang berlaku semasa mereka baru memasuki kereta. Ketika berada di dalam kenderaan, Bella tiba-tiba bertanya mengenai pemilik telefon yang digunakan untuk membuat siaran langsung, bertanya sama ada ianya milik Jack, pembantu Syed Saddiq. Tanpa disangka, netizen mendakwa terdengar Ahli Parlimen Muar itu dengan tenang menjawab, ‘Abang punya lah’. Syed Saddiq yang pada mulanya tidak menyedari bahawa Bella sedang bersiaran langsung, terus menunjukkan reaksi terkejut sebaik menyedari situasi tersebut. “eh tengah live lah” ujar Yb Syed Saddiq bila menyedari Bella tengah bersiaran langsung. > <section>@alisa_aami0210 Bella tanya ni phone sape. YB cakap “Abang Punya lah” - my delulu ears dengar ni boleh tak?😂🤪 ada sape2 dengar? pastu YB terkejut. Oh tengah live lah.. muka dah lain. terus tengok komen, baca ohh ada org panggil you ayang lah.. (coverline) #BellaAstillah #SyedSaddiq #bellasyedyes #BASS #trending #fyp #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #couplegoals❤️ #syedsaddiqbellaastillah #terbaru #primavalet ♬ original sound - Sakura</section> Dia kemudian segera menukar topik perbualan, seolah-olah cuba mengelak daripada terus menjadi tumpuan. Gelagat Syed Saddiq yang kelihatan sedikit gementar selepas ‘terlepas cakap’ mengundang reaksi lucu daripada netizen. Ramai yang terhibur melihat reaksi spontan mereka, malah ada yang berteka-teki mengenai hubungan sebenar di antara Bella dan Syed Saddiq. Dalam ruangan komen, ada yang berseloroh dan tumpang gembira jika benar Bella dan Syed Saddiq mempunyai hubungan istimewa. Dia tak tahu tengah live, kantoi. Dulu ‘jangan kacau tu saya punya’ sekarang ‘abang punya lah’. Letak telefon dekat telinga semata-mata nak dengar ‘abang’. Betul lah, dengar sah dia panggil abang. Sudah semakin teruk gila angau saya. Kantoi, tak apa YB. Kami tak dengar pun. Sumber:TikTok

2 minute read

Didi Dedah Bella Astillah Nampak Lebih Bahagia Dan Semakin Berselera Makan

Pelakon dan penyanyi Didi Astillah, atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 29 mendedahkan bahawa kakaknya, Bella Astillah kini dilihat lebih bahagia malah semakin berselera makan pada Ramadan kali ini. Memetik mStar Online, Didi berkata Bella kelihatan semakin bersemangat dan bertenaga setiap hari meskipun sibuk dengan urusan kerja. “Alhamdulillah. Ramadan tahun ini Bella nampak sangat berbeza. Sekarang ini Bella sudah semakin berselera makan, dia makan banyak semasa berbuka. “Walaupun dia sedang sibuk, tetapi tetap sentiasa bersemangat dan bertenaga. Semasa mendaki gunung dan pergi ke laut pun, dia sangat lain. Sangat gembira dan bertenaga,” katanya. Didi turut mendedahkan bahawa dialog dan reaksi antara Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ketika sesi penggambaran jenama baju raya itu adalah secara spontan dan tanpa skrip. “Sebenarnya apa yang anda semua lihat, itu bukanlah ‘marketing’ sangat. Video yang dirakam itu semua adalah tanpa skrip. Itu yang buatkan mereka nampak lebih natural,” katanya. Sementara itu, ditanya mengenai reaksi keluarga berkenaan gosip cinta kakaknya dengan Syed Saddiq, Didi berkata ramai yang mendoakan yang baik-baik. “Ramai yang mendoakan, kalau ramai yang dah mendoakan, InsyaAllah. Ada jodoh, tak ada jodoh, semoga ikatan persahabatan kekal terjalin, perkahwinan ke. Mana-manalah antara dua kan,” katanya. sumber: mStar

1 minute read

Gosip Cinta Penyanyi Dan Pelakon Bella Astillah Dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Sampai Ke Korea Selatan.

Gosip cinta penyanyi dan pelakon Bella Astilah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bukan sahaja menjadi bualan di negara sendiri, gosip cinta mereka sudah “terbang” hingga ke Korea Selatan. Ia berikutan laporan sebuah portal hiburan negara tersebut iaitu Koreaboo mengenai gosip cinta Bella Astilah dan Syed Sadddiq baru baru ini. Artikel bertajuk ‘Divorced actress’s rumored new boyfriend swims across the sea for her’ melaporkan mengenai video yang dimuat naik Syed Saddiq ketika terjun ke laut sebelum berenang menuju ke arah Bella yang menantinya. Potral tersebut turut menceritakan serba sedikit mengenai Bella termasuk cerita kontroversi perceraian dengan bekas suaminya, Aliff Aziz. Laporan itu juga turut memuatkan cerita mengenai kes mahkamah Syed Saddiq yang melibatkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang melibatkan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). Turut diselitkan mengenai kenyataan ibu Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani yang menyamakan kisah cinta anaknya seperti Romeo dan Juliet. Perkongsian artikel itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata teruja apabila kisah pasangan kegemaran mereka turut mendapat perhatian portal hiburan antarabangsa. Dalam pada itu, ada yang mengatakan dahsyat penangan pasangan itu sehingga sampai ke Korea serta berharap agar gosip cinta mereka berakhir ke jenjang pelamin. “Sudah sampai ke Korea BASS kita. Lipat sahajalah bumi ini. “Lain macam dan kuat sunggu aura BASS. Semoga gosip cinta mereka berakhir ke jenjang pelamin. “BASS mendunia. Memang dahsyat betul penangan mereka, sampai ke Korea,” komen netizen. Sejak kebelakangan ini, hubungan rapat kedua-dua figura popular terbabit semakin hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta jenama pakaian. Mereka dilihat banyak meluangkan masa bersama, malah turut berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah, baru-baru ini. Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian bekas isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu yang berjudul Tapi Bukan Denganmu. Sumber: Kosmo

2 minute read

Seperti ‘Romeo & Juliet’, Ibu Syed Saddiq Puji Bella Astillah Baik, Lembut & Ada Paras Rupa

Berikutan tersebar kisah Ahli Parlimen Muar, Syed Syadiq yang semakin rapat dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, Ibu kepada Ahli Perlimen itu memuji pelakon dan penyanyi, Bella Astilah seorang yang baik. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, ibu Syed Saddiq mendedahkan dia pernah berjumpa dengan Bella dan sempat berbual selama 15 minit. Sharifah menyifatkan Bella seorang yang baik, lemah lembut dan mempunyai rupa paras namun belum mengenali dengan lebih mendalam. “Bella seorang yang baik, ada rupa paras dan seorang yang lembut. Saya pernah terserempak dengan dia masa tu nak hantar kereta ke rumah Saddiq, dapat borak sekejap saja dan belum mengenalinya dengan lebih dalam” “Mereka memang nampak rapat tapi seperti apa yang dikatakan hidup ini seperti satu lakonan. Biarlah Allah menentukan segalanya, kita doa yang terbaik,” katanya. Sementara itu, Sharifah turut menyifatkan hubungan anaknya bersama Bella seperti ‘Romeo dan Juliet’ selepas melihat video memaparkan Saddiq yang berenang di laut memakai baju Melayu menuju ke arah Bella yang sedang menunggunya. “Kalau tengok daripada sikap dia sanggup berenang di lautan memakai baju Melayu menuju ke Bella. Kalau tengok daripada sikap dia sanggup berenang dari satu penjuru ke penjuru lain, sanggup naik gunung…dengan mak dia pun tak pernah buat macam tu. Macam Romeo dan Juliet,” katanya. Terdahulu, abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah merestui hubungan ahli politik itu dengan Bella serta memberi sokongan penuh dalam hubungan mereka. Sumber: Xtra

1 minute read

Terkejut Bila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Kata Gaji Ahli Parlimen Mencecah RM30K – RM40K Sebulan

Malaysia digemparkan dengan kenyataan dari perdana Menteri, Datu Seri Anwar Ibrahim bahawa gaji Ahli Parlimen di Malaysia boleh mencecah RM30k-RM40K sebulan termasuk gaji elaun. Tak sangka juga gaji ahli parlimen boleh sampai banyak tu. Patutlah, sanggup ahli politik berebut kuasa. Tapi berapa sebenarnya gaji seorang ahli parlimen? Jom kita selongkar sama-sama. Menurut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang ahli Parlimen bagi Dewan Rakyat menerima elaun bulanan sebanyak enam belas ribu ringgit (RM16,000). Selain dari itu, Ahli Parlimen juga boleh membuat tuntutan pelbagai elaun dan subsidi lain untuk tujuan tertentu. Berikut adalah gaji dan senarai elaun yang layak diterima oleh seorang Ahli Parlimen: Gaji: RM16,000 sebulan Kehadiran mesyuarat Parlimen: RM400 sehari Kehadiran mesyuarat agensi kerajaan atau bengkel: RM300 sehari Elaun keraian: RM2,500 sebulan Bayaran istimewa untuk MP bukan dalam pentadbiran: RM1,500 sebulan Elaun perjalanan tetap: RM1,500 sebulan Elaun bahan api: RM1,500 sebulan Elaun tol: RM300 sebulan Elaun pemandu: RM1,500 sebulan Pembelian telefon bimbit: Hingga RM2,000 setiap dua tahun Elaun bil telefon: RM900 sebulan Pembelian komputer: Hingga RM6,000 Bantuan bayaran pakaian black tie : RM1,000 setiap tiga tahun Elaun pakaian rasmi istiadat: Hingga RM1,500 Elaun pakaian sejuk Lesen kenderaan percuma Lawatan rasmi - Penerbangan kelas eksekutif Lawatan rasmi - Penerbangan kereta api kelas pertama Tugasan domestik melebihi 32 kilometer dari rumah: Elaun hotel sehingga RM400 untuk 1 malam. Bayaran harian semasa perjalanan perniagaan: Dalam negara - RM100 semalam/ Antarabangsa - RM170 untuk 1 malam. Elaun makanan semasa di luar negara: RM340 untuk 1 malam. Ahli Parlimen juga layak mendapat pencen selepas menamatkan 36 bulan perkhidmatan yang boleh diambil kira dan mencapai usia 50 tahun. Jika dicongak Gaji basic termasuk elaun, sekurang-kurangnya Ahli Parlimen boleh menerima lebih dari RM30k sebulan. Rujukan: Metro

2 minute read

Sarah Yasmine tuntut ganti rugi hampir RM1 juta terhadap Aliff Aziz

Sarah Yasmine yang sebelum ini pernah mengaku sebagai kekasih Alif Aziz kini menuntut ganti rugi hampir 1 juta ringgit terhadap Aliff Aziz. Dia menuntut gantirugi terhadap Aliff Aziz berikutan tindakan Aliff Aziz memulakan tuntutan Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA) terhadapnya tahun lalu. Menurut Sarah, tindakan undang-undang itu tidak berasas memandangkan Aliff dan Ruhainies sudah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat pada Februari lalu. Sarah Yasmine memuat naik surat itu di dalam akaun media sosialnya, “Saya merujuk kepada pengakuan bersalah anda pada 21 Februari 2025 berkaitan dengan kes khalwat melibatkan seorang pelakon Malaysia, seperti dilaporkan secara meluas di media Singapura dan Malaysia. “Pengakuan ini mengesahkan bahawa kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut, yang telah saya kongsikan secara terbuka, adalah benar dan bukan fitnah. “Walaupun begitu, anda secara salah telah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA) terhadap saya, yang membawa kepada Perintah Perlindungan Segera (EPO) yang dikeluarkan pada 29 April 2024. Tindakan undang-undang ini adalah tidak berasas,” katanya. Sarah berkongsi perkara itu menerusi notis tuntutan (letter of demand) yang dimuat naik di Instagram miliknya. Tambah Sarah, dia juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan ganti rugi seperti diminta. Dia juga menyatakan yang dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang cuba memburukkan nama baiknya sebelum ini. “Ini hanyalah permulaan, bagi mereka yang telah menganiaya saya dalam tempoh sama, terutamanya mereka yang mereka cipta fitnah tentang saya, sama ada besar atau kecil, ketahuilah bahawa saya akan datang untuk anda juga tahun ini. Anda tahu siapa anda. Kebenaran, pasti akan menang,” katanya lagi. Pada tahun lalu, Sarah memaklumkan dia menerima notis mahkamah di Singapura untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan Aliff. Nama Sarah menjadi bualan hangat apabila dia muncul mengaku dirinya kekasih Aliff. Sumber: mStar

2 minute read

Lepas Ruhainies, Sarah Yasmine Serang Sophia Albarakbah Pula

Sarah Yasmine yang sebelum ini melancarkan perang ke atas Ruhainies terus menghangatkan Gosip Artis Malaysia. Terbaru dia melakukan provokasi pula terhadap pelakon Sophia Albarakbah. </div><div></div> Sarah Yasmine memulakan provokasi tersebut dengan memuat naik rakaman video dimana Sophia sedang memperkatakan tentang golongan wanita tidak perlu bersaing kerana situasi tersebur dianggap toksik. <div>Bukan itu sahaja, Sarah turut mempertikai komen netizen yang memuji Sophia kerana tidak meneruskan hubungan dengan Aliff sebelum ini.</div><div></div><div>“Betul ke sedar awal, bukan penyondol dan bermaruah?</div><div></div> “Sekarang mari kita bercakap tentang awak, ‘bidadari’ Sophia Albarakbah. “Awak tahu apa yang saya katakan. Hanya awak, Aliff dan saya tahu?” katanya dalam Instagram. Sarah meneruskan serangan apabila memuat naik ciapan Sophia yang melahirkan rasa syukur semasa Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu. “Hari Aliff kene tangkap khalwat, awak memuat naik hantaran macam ini, kemudian beritahu pada wartawan ‘Aliff yang cari-cari saya tapi saya tak layan’. “Saya tidak akan melakukan perkara ini kalau bukan sebab awak mahu menambah kebencian pada Aliff dengan kenyataan palsu dan pembohongan serta ingin dilihat seperti malaikat? Memang tidak”. “Jadi, saya akan memulakan semuanya terlebih dahulu sebelum awak terus melemparkan kebencian kepada Aliff. Awak juga layak merasai perkara sama. Jadi, betul ke tak layan?” katanya; Memanaskan lagi keadaan, Sarah turut memuat naik foto memaparkan perbualan antara Sophia dengan Aliff dipercayai menerusi ruangan mesej Instagram pada tarikh 28 Mac lalu. “Jadi, jangan cuba suruh wartawan buat cerita tentang awak tak layan Aliff, tetapi hakikatnya awak melayan dia hingga 28 Mac. “Sejujurnya kalau saya tak dengar maklumat itu, saya memang tak akan mahu berbual tentang ‘bidadari’ ini. “Saya benci Ruhainies sebab dia tipu saya tapi awak pula nak tipu satu dunia dengan cerita tak melayan tapi sampai rancang nak berjumpa. Itu tak layan?” luahnya. Sarah juga memerli Sophia kerana tidak menghentikan tindakan Aliff yang memanggilnya dengan panggilan sayang dan cinta. “Dia panggil awak ‘yang’ dan ‘love’ tapi awak tak mahu hentikan dia pun? “Awak tetap layankan, betul tak Sophia?” katanya lagi. Sophia sekitar tahun lalu pernah terpalit dengan kontroversi kononnya menjadi orang ketiga mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan Bella Astillah. Kontroversi tercetus apabila Bella mendedahkan keintiman Sophia dan Aliff selepas terlibat dalam drama bersiri berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Disebabkan dakwaan tersebut, hampir setahun Sophia dihujani dengan gelaran sebagai penyondol rumah tangga orang.

2 minute read

Uqasha Senrose Selamat Bersalin Bayi Perempuan, Beri Nama Uqaira

Pelakon Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen selamat melahirkan cahaya mata sulung pada awal pagi sabtu, 27.04.2024. Isteri kepada pelakon Kamal Adli itu berkongsi berita gembira menerusi hantaran di Intagram. Pasangan ini bersepakat memilih nama Uqaira buat puteri sulung mereka. Dalam pada itu, Uqasha meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi perempuan yang seberat 2.72 kilogram itu dipermudahkan. Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi. Welcome to the world, sayangku. I love you so much Uqaira sayang. Uqasha sempat berkongsi foto pertamanya bersama Uqaira. Untuk rekod, Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022. Sumber: IG Uqasha Senrose

1 minute read

Berbaloi Siti Bainun Masuk Penjara, Badan Semakin Kurus Dan Semakin Cantik

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun mencuri tumpuan ramai apabila dia kelihatan semakin kurus sejak masuk penjara. Siti Bainun difahamkan sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 150kg kini menyusut ke 90kg sahaja sejak menjejak kaki di penjara 3 Mei yang lalu. Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun itu mencecah 150 kilogram ketika mula menjejakkan kaki ke tirai besi, 3 Mei lalu namun kini menyusut kepada 90kg sahaja.https://t.co/GMYR4KS3pu — Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 14, 2023 Siti Bainun yang kelihatan semakin kurus muncul di perkarangan Mahkamah Tinggi KL untuk rayuannya berhubung sabitan kesalahan menganiaya remaja sindrom Down, Bella di sebuah kondominium Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. Dia dilihat diiringi oleh pegawai penjara. Siti Bainun yang disabitkan bersalah kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang. Dia juga didenda untuk melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat hukuman penjara.

1 minute read

Bunga Citra Lestari Bakal Kahwin Lagi Dengan Tiko Aryawardhana, Tiada Lagi Sinclair Di Instagram BCL

Dikhabarkan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) akan berkahwin kali kedua dengan kekasihnya Tiko Aryawardhana pada hari ini di Bali, Indonesia. Dia juga menukar nama akaun instagram dari ‘bclsinclair’ ke ‘itsmebcl’. BCL juga dikhabarkan menempah semua bilik hotel untuk para tetamu majlis perkahwinannya. Portal hiburan Indonesia mendedahkan lokasi pernikahan tersebut akan dilangsungkan di sebuah resort mewah, Amankila Resort, Bali. Resort mewah itu juga dikatakan sudah dikawal ketat sejak pagi ini. Mengikut laporan portal hiburan Indonesia, penggawal keselamatan mengawal laluan masuk resort bagi memastikan kumpulan media tidak memasuki premis terbabit. Rancangan perkahwinan mereka terbongkar selepas pihak jabatan agama mengesahkan permohonan perkahwilan Bunga Citra Lestari dan Tiko. [caption id=”attachment_2106” align=”aligncenter” width=”744”] Gambar: Instagram/@itsmebcl[/caption] Majlis perkahwinan antara BCL dan usahawan Tiko Aryawardhana juga sangat eksklusif kerana jumlah tetamu dijemput tidak lebih dari 100 orang. Ianya dijangka diharini oleh keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Bagaimanapun BCL dihujani kritikan oleh peminatnya. Ruangan komen instagram akaun BCl diserang oleh netizen seolah-olah mereka tidak merestui perkahwinan beliau dengan Tiko. Ramai yang memberi komen kerana merasakan dia sudah melupakan arwah suaminya. Pelbagai komen sindiran diterima sehingga ada yang mengungkit kisah dia menempah lot kosong bersebelahan kubur Ashraf. Namun menurut penyanyi itu, dia bukannya “move on” dan melupakan arwah suaminya. Dia cuma ingin bangkit kembali. “Kalau ‘move on’, aku rasa sebuah duka seperti ini sampai kapan pun tidak akan pernah bisa ‘move on’,” katanya ketika ditemuramah, baru-baru ini. Menikahi lelaki lain juga tidak bermakna dia sudah melupakan rasa sedih, namun dia hanya ingin mencari bahagia demi anak tunggal dia bersama Ashraf, Noah, 12. [caption id=”attachment_2108” align=”aligncenter” width=”706”] Gambar: instagram/@itsmebcl[/caption] “Tapi bagaimana kita bisa hidup kembali, semangat lagi, bangkit kembali tanpa melupakan, ‘live with the pain’. “Kita pelan-pelan belajar untuk bisa hidup dengan kesakitan dan membuat memori-memori baharu yang bisa buat kita bahagia. “Kan anak juga perlu bahagia, aku juga perlu bahagia supaya anak terus bahagia,” ujarnya. BCL pernah berkahwin dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. Menurut laporan hops.id, keluarga arwah suaminya Ashraf Sinclair juga sudah memberikan keizinan untuk BCL untuk mendirikan keluarga bersama lelaki pilihannya, Tiko Aryawardhana. https://youtu.be/U3o6uIe0K4U?si=KXeJJd5EakT4hSs_ Kami di ubipanas masih ingat bagaimana Bunga Citra Lestari menangis semasa persembahan Judika di Indonesian Idol dengan lagu berjudul Tak mungkin. Kita berharap Bunga akan menemui kembali bahagia untuk dia dan anak.

2 minute read

Gempar Video Sophia Albarakbah Pakai Bikini Sambil Bercanda Tepi Pantai Tersebar

Pelakon cantik dan seksi Sophia Albarakbah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Memang tidak hairan bila dia menerima tumpuan ramai. </figure>Gempar warga internet di Malaysia bila tersebar video Sophia Albarakbah yang hanya memakai bikini yamg seksi sambil berlari-lari di tepi sebuah pantai. Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan dimanakah letaknya pantai tersebut. Sophia Albarakbah Bercanda Di Tepi Pantai Dalam video tersebut, Sophia kelihatan memakai cardigan berwarna biru sambil berlari-lari menikmati keindahan pantai. Perbuatan Sophia itu mencuri tumpuan warga internet apabila dia hanya memakai bikini sambil dilitupi oleh cardigan nipis. Perbuatan itu bagaimanapun menyebabkan warga internet tak senang kerana mendakwa dia berpakaian melampau dan terlalu seksi. Ada juga yang mengkritik Sophia kerana berpakaian sebegitu rupa walaupun dia seorang yang beragama Islam. Mereka beranggapan dia kurang sopan sebagai seorang yang beragama Islam tapi mengenakan pakaian yang sedemikian rupa. Walaubagaimanapun, Sophia mendakwa dia berpakaian seksi seperti 10 Gambar Seksi Sophia Albarakbah ini bukan bererti dia seorang yang jahat, tetapi hanya nak jadi diri sendiri. Apa pendapat korang, jadi diri sendiri atau kena ikut cakap orang luar?

1 minute read

10 Idea Hadiah Untuk Wanita Tersayang Yang Pasti Mereka Suka!

Hari jadi teman wanita sudah dekat tapi tak ada idea nak bagi hadiah apa? Teringin nak bagi hadiah untuk isteri sempena hari ulang tahun tapi tak tahu apa nak beli? Wanita berhak mendapat semua yang terbaik. Semua orang pun tahu. Kaum lelaki sentiasa cuba untuk memberi yang terbaik, bahkan kalau mampu, kita nak berikan seluruh dunia. Namun itu tidak mungkin. Jangan risau, hari ini ubipanas akan bagi 10 idea hadiah yang unik dan sentimental, terutama sekali nak bagi hadiah untuk wanita tersayang! Tak kisahlah nak bagi dengan teman wanita, isteri ataupun nak bagi dengan kawan, semua sesuai. Dan yang penting, mereka pasti suka! Nak bagi hati wanita tersayang gembira, betul tak? 1) Pristine Ball Diffuser Dengan wangian sitrus, bunga & kayu dengan gabungan bau elegan beberapa bahan lain termasuk teh putih, bunga ros dan jasmine, sudah pastinya para wanita akan gembira untuk menerima hadiah ini. Bau yang tahan lama menjadikan rumah berasa bersih dan segar. Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada sekarang! ### 2) Subang Berbentuk Jantung Dari Pandora Siapa yang tak kenal dengan jenama Pandora. Dengan subang berbentuk hati, ianya melambangkan kuasa ikatan yang tidak dapat dirungkai dan peringatan tentang kasih sayang yang anda kongsi dengan mereka, ianya pasti akan membuatkan hati merek berbunga-bunga mendapat hadiah ini! Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada sekarang! ### 3) Selipar Rumah Yang Comel! Dengan selipar rumah yang comel, si dia pastinya akan menyukai hadiah ini! Biasalah, wanita kan suka benda yang comel, betul tak? Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada sekarang! ### 4) Kasut Kasut yang selesa dan comel sentiasa menjadi bonus, dan kasut New Balance ini pastinya akan memukau mereka! Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada sekarang! ### 5) Handbag Fossil! Jolie Brown Hobo Layan dia dengan beg yang comel dari Fossil ini. Ia mempunyai banyak ruang untuk memuatkan semua yang dia perlukan setiap hari. Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada sekarang! ### 6) Jam Tangan Yang Cantik Dari Olevs Jam tangan dari Olevs ni memang nampak anggun dan dengan rekaan yang elegan. Dia pastinya gembira menghitung waktu yang dihabiskan bersama anda! Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada sekarang! ### 7) Pemproses Makanan PHILIPS Apalagi, berikan dia perkakas dapur Philips food processor ni. Mesti masakan dia bertambah sedap lepas ni. Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada sekarang! ### 8) Rantai Tangan Rantai tangan perak ini memang cantik. Dengan rekaan yang elegan, mana-mana wanita pasti menyukainya. Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada sekarang! ### 9) Teddy Bear! Belikan mereka hadiah patung berung yang besar sebesar seorang manusia! Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada Sekarang! ### 10) Rantai Leher Rantai leher berbentuk hati dari Pandora ini pasti memukau mereka. Hadiahkan pada mereka sebagai simbol penghargaan pada insan yang tersayang. Untuk pembelian boleh dibeli di Lazada sekarang! Nah 10 idea hadiah untuk diberikan pada wanita. Hadiah sesuai untuk semua events seperti hari jadi dan sebagainya. Ada sesiapa yang nak tambah, boleh komen di bawah.

3 minute read