Media Rasmi Iran Sahkan Ayatollah Khamenei Terbunuh Dalam Serangan Udara AS-Israel

Iran sahkan pemimpin tertinggi mereka, Ayatollah Ali Khamenei, terbunuh dalam serangan udara besar-besaran yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel. Serangan tersebut menyasarkan infrastruktur ketenteraan and kepimpinan tertinggi negara itu. Berita mengejutkan ini bukan sahaja menggoncang politik dalaman Iran, tetapi juga menimbulkan kebimbangan besar terhadap kestabilan rantau Timur Tengah. </figure>Khamenei, 86 tahun, dilaporkan maut di pejabatnya di pusat bandar Tehran. Gambar Airbus satelit menunjukkan kerosakan besar di lokasi serangan. Media rasmi Iran menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang sentiasa bersama rakyat, namun pemerhati antarabangsa melihat peristiwa ini sebagai titik perubahan besar yang boleh mengubah hala tuju politik negara itu. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, tidak menunggu lama untuk mengulas. Dalam kenyataan di media sosial, beliau melabel Khamenei sebagai “antara manusia paling jahat dalam sejarah” dan memberi amaran bahawa serangan akan diteruskan sebagai usaha melumpuhkan program nuklear Iran. Kabinet Iran menegaskan bahawa “jenayah besar ini tidak akan dibiarkan tanpa balasan,”. Pasukan Revolutionary Guard mengugut untuk melancarkan operasi paling besar terhadap pangkalan Amerika dan Israel. Ancaman balas ini memberi risiko konflik besar‑besaran yang boleh menggoncang rantau tersebut. sumber: Apnews

1 minute read

BLACKPINK Kembali Gegar Dunia Dengan EP Deadline Jadi Bukti Kuasa Global

BLACKPINK kembali menggoncang industri muzik dunia dengan pelancaran EP terbaru berjudul Deadline. Selepas lebih tiga tahun fokus pada kerjaya solo, Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa bersatu semula untuk menghadiahkan lima trek baharu yang penuh dengan identiti muzik mereka. [caption id=”attachment_2391” align=”aligncenter” width=”1280”] Picture: soompi.com[/caption] Single utama Go tampil dengan muzik video berkonsep rompakan futuristik — visual gelap, sint‑pop agresif dan koreografi tajam yang memang sinonim dengan BLACKPINK. YG Entertainment menyifatkan Deadline sebagai simbol keyakinan, kebangkitan dan kesatuan kumpulan, dengan bunyi lebih matang hasil gabungan EDM, hip hop dan pop. Selain Go, EP ini turut menampilkan lagu pra‑rilis Jump yang pernah menduduki tangga teratas Billboard Global 200, serta Me and My, Champion, dan Fxxxboy. Lebih menarik, semua ahli BLACKPINK terlibat sebagai penulis lirik, manakala Rosé turut menyumbang dalam komposisi. Nama besar seperti Chris Martin (Coldplay) dan penulis lagu Ejae juga terbabit dalam projek ini. Kejayaan BLACKPINK semakin terserlah apabila saluran YouTube mereka mencatat lonjakan pelanggan sehingga melepasi 100 juta, menjadikan mereka artis pertama di dunia mencapai angka tersebut. Peningkatan ini bermula sejak promosi Deadline dilancarkan pada 15 Februari lalu. <iframe allowfullscreen="allowfullscreen" frameborder="0" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/2GJfWMYCWY0?si=85anhQvuGe-kDFpV" title="YouTube video player" width="560"></iframe> Pelancaran EP ini hadir selepas kejayaan siri jelajah dunia Deadline World Tour tahun lalu, dengan 33 konsert di 16 bandar yang berakhir di Hong Kong pada Januari 2026. Walaupun sibuk dengan aktiviti solo, semua ahli tetap komited menyiapkan rakaman EP baharu ini. Dengan Deadline, BLACKPINK sekali lagi membuktikan status mereka sebagai kumpulan K‑pop paling berpengaruh di dunia. Comeback ini bukan sekadar pelancaran muzik baharu, tetapi juga simbol kekuatan jenama BLACKPINK yang terus mendominasi carta global, media sosial dan hati jutaan peminat.

2 minute read

Keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) Nottingham Forest vs Man United

Keputusan Liga Perdana Inggeris EPL Nottingham Forest vs Man United memihak kepada Nottingham Forest. Nottingham Forest menewaskan Man United 1-0.     Nottingham Forest 1 0 Manchester United Gol kemenangan Nottingham Forest dijaringkan oleh bekas pemain Manchester United, Anthony Elanga pada minit ke 5 separuh masa pertama. Dengan kemenangan ini, Nottingham Forest mengukuhkan kedudukan nombor 3 dalam liga perdana Inggeris dengan 57 Mata, 4 mata di bawah Arsenal yang berada di tangga nombor 2.

1 minute read

Paip Gas Di Puchong Terbakar, Penduduk Sekitar Dipindahkan

Satu kebakaran besar berlaku di Taman Puchong Perdana, Selangor sekitar 8 pagi selasa. kebakaran itu dipercayai berpunca dari paip gas yg bocor. [caption id=”attachment_2343” align=”alignleft” width=”1735”] Gambar dari X (twitter) @KhairulAqmal[/caption] Kebakaran tersebut menyebabkan api menjulang tinggi ke udara. Menurut perkongsian pengguna di sosial media X (twitter) @KhairulAqmal, api menjulang tinggi dan api yang terhasil kelihatan seperti mushroom. Ada orang share di whatsapp. Saat saat awal mushroom explosion di Putra Heights pagi tadi. pic.twitter.com/TdKm2U3QkO — Khairul Aqmal 🍉 (@KhairulAqmal) April 1, 2025 Dalam masa sama, pasukan keselamatan itu juga menjalankan kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar sebagai langkah berjaga-jaga. Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 pagi, sebelum Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM ) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan pada 8.10 pagi, dan jentera pertama dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi pada jam 8.22 pagi. Seramai 41 anggota bomba, dari beberapa balai bomba lain dikerahkan ke lokasi kejadian termasuk dari balai bomba Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Bukit Jelutong, Cyberjaya, Rawang, Klang Selatan, Klang Utara, dan Damansara. Mereka dilengkapi jentera bomba bersama kenderaan tindak balas perubatan kecemasan (EMRS), lori tangki air, dan unit bahan berbahaya (HAZMAT). Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan operasi masih dijalankan.

1 minute read

Keputusan Piala FA, Manchester City Ke Separuh Akhir Kalahkan Bournemouth

Manchester City menewaskan Bournemouth 2-1 dalam Suku ahkir Piala FA sekaligus mencipta rekod dengan layak ke separuh akhir Piala FA English untuk 7 tahun berturut-turut. | ![Bournemouth](/assets/images/2025/04/bournemouth.jpg) | | | ![Manchester City](/assets/images/2025/04/city.jpg) | |---|---|---|---| | Bournemouth | 1 | 2 | Manchester City | Bournemouth mendahului pada separuh masa pertama menerusi gol Evanilson sejurus selepas Haaland menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol Cherries, Kepa Arrizabalaga. Walaupun ketinggalan, City menunjukkan semangat juang mereka, bangkit dari ketinggalan untuk perlawanan Piala FA ketiga berturut-turut, dengan graduan akademi Nico O’Reilly membuat impak besar sebagai pemain gantian separuh masa dengan membuat hantaran untuk kedua-dua gol. Pada separuh masa kedua City menyaksikan beberapa pertukaran oleh Pep Guardiola dan strategi beliau membuahkan hasil. Pemain graduan akademi, Nico O’Reilly yang masuk menggantikan Abdukodir Khusanov membuat hantaran cantik untuk Haaland meledak gol pertama 4 minutes selepas separuh masa ke 2 bermula. City menjaringkan gol ke 2 pada minit ke 63 hasil hantaran cantik O’Reily. Manchester City akan bertemu Nottingham Forrest pada 26 April nanti untuk perlawanan separuh akhir. Pemenang akan bertemu sama ada Crystal Palace atau Aston Villa untuk pusingan akhir nanti.

1 minute read

Tahun 2024 Bella Astillah Naik Mahkamah Kerana Lelaki Yang Tidak Menghargainya, Tahun 2025 Bella Astillah Naik Ke Mahkamah Untuk Lelaki Yang Menghargainya

Umum tahu bahawa pelakon dan penyanyi cantik Bella Astillah pernah turun naik mahkamah bagi urusan perceraiannya dengan bekas suami, Aliff Aziz pada tahun 2019 dan 2024. Lain pula pada tahun ini, Bella Astillah sekali lagi mencuri tumpuan umum apabila muncul di Mahkamah Rayuan, namun kali ini untuk urusan berbeza. Kali ini Bella muncul di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang mengemukakan rayuannya bagi sabitan kesalahan pecah amanah. Sebelum ini, Syed Saddiq didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun, 2 kali sebatan dan RM10 Juta denda bagi semua kesalahan. Syed Saddiq memfailkan rayuan ke mahkamah rayun untuk mengenepikan sabitan tersebut. Bella Astillah dilihat menghadirkan diri dua hari berturut-turut bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar itu. Manis berpakaian baju kurung di hari pertama dan barpakaian warna putih d hari kedua. Namun difahamkan Bella hanya singgah sebentar di hari kedua kerana terpaksa menghadiri event di tempat lain. Prosiding rayuan hari kedua itu ditangguhkan selepas kedua-dua pendakwaraya mengadu tidak sihat dan sakit tekak. Mahkamah memutuskan untuk menangguhkan prosiding dan akan bersambung semula pada 17 April 2025.

1 minute read

Bella Astillah Hadir Ke Mahkamah Beri Sokongan Kepada Syed Saddiq

Kehadiran penyanyi dan pelakon Bella Astillah di mahkamah hari ini mencuri perhatian apabila dia datang memberikan sokongan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar hadir di Mahkamah Rayuan harini untuk rayuannya terhadap sabitan dan hukuman berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Menerusi video tular di TikTok, Bella yang berbaju kurung dilihat berada di perkarangan mahkamah sambil ditemani beberapa orang individu termasuk adiknya, Didie Astillah. Bella tiba di Istana Kehakiman sekitar 8.50 pagi, kira-kira lima minit selepas Syed Saddiq. Kelihatan manis dengan berbaju kurung, netizan rata-rata terharu dengan sokongan Bella terhadap Sted Saddiq. Mahkamah Tinggi, pada 9 November 2023, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kepada bekas menteri belia dan sukan itu, dua sebatan dan denda RM10 juta susulan sabitan atas kesalahan penyelewengan dana milik Armada. Pada 9 November tahun lalu, Syed Saddiq, 33, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada. Bagaimanapun tiada keputusan dibuat pada hari ini. Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan demikian ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari. “Hari ini, kita dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu, dan akan berhenti seketika untuk rehat tengah hari. “Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan,” kata Hakim Ahmad Zaidi. Sumber: sinarharian

2 minute read

A Minecraft Movie Akan Tiba di Pawagam Malaysia Tidak Lama Lagi

Sebuah filem adaptasi dari Permainan Video Game terkenal, Minecraft, akan tiba di pawagam Malaysia tidak lama lagi. Menurut info dari laman web GSC, filem A Minecraft Movie akan berada di pawagam di Malaysia pada 03.04.2025. Filem ini pastinya dinantikan oleh peminat video game Minecraft. Sehingga bulan Disember 2024, sebanyak 204 Juta pemain sebulan yang masih aktif dengan Video Game Minecraft. A Minecraft Movie ialah filem komedi pengembaraan fantasi, diarahkan oleh Jared Hess. Berdasarkan permainan video Minecraft 2011 yang dibangunkan oleh Mojang Studios, filem itu dibintangi oleh Jason Momoa, Jack Black, Danielle Brooks, Emma Myers dan Sebastian Hansen. Dalam filem itu, empat orang disedut melalui portal ke dunia kubik yang berkembang pesat menggunakan imaginasi. Untuk kembali ke dunia asal, mereka tidak mempunyai pilihan selain menguasai dunia baru tersebut sambil memulakan ekspedisi bersama Steve, orang lama dalam dunia baru tersebut. Untuk pengetahuan, Minecraft adalah satu permainan video game kotak pasir yang dibangunkan oleh Mojang Studios. Permainan video game ini diciptakan oleh Markus Persson pada 2009 untuk komputer peribadi. Pada November 2011, pemainan ini dikeluarkan secara rasmi oleh Mojang. Pada tahun 2014, Microsoft membeli Mojang dan Minecraft pada harga US$2.5 Billion. Di dalam video game Minecraft, pemain menerokai dunia tiga dimensi. Disamping itu, pemain boleh menemui dan mengekstrak bahan mentah, untuk bahan membuat alatan dan barang kraf serta membina struktur baru. Saksikan trailer filem A Minecraft Movie: https://www.youtube.com/watch?v=wJO_vIDZn-I&t=10s https://www.youtube.com/watch?v=8B1EtVPBSMw

2 minute read

Anak Sulung Bella Astillah, Ayden Adrean, ‘Approved’ Syed Saddiq

Kemesraan yang terjalin antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan ahli politik, Syed Saddiq bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah rakan artis juga senang melihat hubungan mereka. Sejak pemunculan pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama anak sulungnya, Ayden Adrean ke Parlimen, ramai netizen teruja menantikan momen manis Bella bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Dalam 1 video TikTok, pelakon dan usahawan Betty Rahmad bertanya kepada anak lelaki Bella iaitu Ayden Adrean mengenai Ahli Parlimen Muar itu. “Kejap-Kejap, nak interview, awak Ayden ye” sambil dijawab dengan anggukan oleh Ayden. “Mana YB?” “Ayden Aprove tak YB?” “YB d rumah, Approved” respon Ayden kepada soalan itu. Rata-rata komen netizan terhibur dengan jawapan Ayden itu. Ada juga yang berpendapat jawapan itu adalah tepat sekali. Ada juga berpendapat bahawa Saddiq adalah lelaki yang tepat untuk Bella. Tak sempat habis soalan lagi Ayden dah approved, samalah macam kami semua! Budak-budak tak pandai menipu. Terima kasih Ayden approved YB. Jadi approved tu memang jawapan tepat dan sahih. Mesti Ayden approved sebab YB buat mummy gembira dan bahagia. Thank you Betty wakilkan kami. Tunggu apa lagi Bella dan YB, anak pun dah approved tu. Untuk info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun. Sumber: Ohbulan

2 minute read

Abang Sado Dakwa Zakar Mengecil, Kerap Pening Kepala Lepas Beli Pil Rambut Online

Selepas bertahun-tahun mengalami masalah rambut yang semakin menipis, Mark Millich beralih ke internet untuk menyelesaikan masalah keguguran rambut. Mark Millich berkata dia membeli pil untuk mencegah masalah keguguran rambut itu secara dalam talian pada Januari 2021. Mark Millich, 26, bekas sarjan Tentera AS, tidak pernah bercakap dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan, jadi dia langsung tidak sedar tentang kesan sampingan yang bakal dialaminya. Dalam tempoh enam bulan selepas mengambil pil itu, dia mula mengalami pening, keletihan, berpeluh sejuk dan pelat ketika bercakap. Lelaki bertubuh sasa itu mendakwa turut kehilangan jisim otot dan mengalami kulit yang semakin kendur. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga mengalami masalah mental. Kerana takut dengan keadaan mentalnya, Millich berhenti mengambil ubat itu pada Julai 2021. Namun, selepas berhenti mengambil pil tersebut, dia mengalami kesan sampingan yang lebih teruk. Mark Millich mulai hilang nafsu seks. Selain dari itu, alat sulitnya juga semakin menjadi kecil dan berubah bentuk. Millich mendakwa syarikat pengeluar itu menghasilkan iklan yang tidak tepat, mengelirukan dan gagal memberitahu pelanggan tentang kesan sampingan pil itu. Pil itu disyorkan oleh doktor dalam kes keguguran rambut lelaki untuk membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan melebatkan rambut dari semasa ke semasa. Dalam badan lelaki, enzim yang dipanggil 5α-reductase bertanggungjawab untuk menukar testosteron kepada hormon yang dipanggil DHT (dihydrotestosterone). DHT menyebabkan rambut menjadi lebih pendek dan halus, akhirnya berhenti tumbuh di kawasan yang terjejas. Pil itu berfungsi mengurangkan jumlah hormon DHT yang dihasilkan dalam badan dengan menyekat pengeluaran 5α-reduktase. Walau bagaimana pun, hormon DHT juga penting untuk rangsangan seksual, fungsi ereksi, dan kesihatan tisu alat kelamin. Pengurangan hormon DHT boleh memberi kesan negatif kepada fungsi ini. Menurut data daripada Epic Research, seramai 2.6 juta rakyat Amerika mengambil ubat tersebut setakat 2024, dan jumlah itu semakin meningkat. Sumber: DailyMail.

2 minute read

Aaron Aziz Ditipu Agensi Umrah Sebanyak RM90,000 Sehingga Tekanan Darah Mencanak Naik

“Gaji tak dapat, komisyen pun tak dapat”. “Malah saya bagi pinjam hampir RM90,000 pun tak dibayar,” Pelakon Aaron Aziz baru-baru ini berkongsi melalui akaun Instagram bahawa dia mengalami kerugian hampir RM90,000 akibat ditipu oleh sebuah agensi pengurusan umrah. Melalu hantaran itu, Aaron Aziz menyatakan, bahawa dia tidak mendapat komisyen dan gaji hasil dari kerjasama dengan pihak berkenaan. Apa yang menyedihkan, perkara itu juga menggangu kesihatan sehingga perlukan rawatan. “Sekali lagi syarikat haji umrah buat hal. Kata orang tua buat baik-baik berpada-pada. Sampai di hospital tekanan darah 179,” katanya lagi. Dalam hantaran itu, Aaron Aziz turut berkongsi bacaan alat ujian tekanan darah yang menunjukkan bacaan 179/113. Bacaan itu terlalu tinggi berbanding bacaan yang normal. Sumber: Aaron Aziz Instagram

1 minute read

Bagaimana Nak Jadi Pandai? – 10 Tabiat Manusia Yang Boleh Menyebabkan Kelembapan Otak

Otak merupakan salah 1 organ yang penting dalam badan manusia. Otak berfungsi mengawal segala aktiviti dalam badan seseorang, mengawal keupayaan seseorang mencari penyelasaian masalah dan menghasilkan idea-idea baru. Mungkin kadang-kadang kita tak sedar kita sukar berfikir dan menyelesaikan masalah dan menghasilkan idea baru. Mungkin juga kita terfikir “ Kenapa diorang pintar, kenapa aku lembab?” “Bagaimana aku nak jadi pandai macam diorang?” Sebenarnya ianya bergantung kepada otak kita, sejauh mana otak kita cekap dan terlatih. Sedar atau tidak, terdapat banyak tabiat kita yang kita fikir adalah perkara biasa sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan otak. Ini adalah senarai 10 tabiat manusia yang boleh menyebabkan kelembapan otak; 1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi Ramai dari kita sebenarnya tidak sedar tentang kepentingan sarapan pagi. Sebab itu, ramai yang tidak mengambil sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti harian. Sarapan pagi sebenarnya sangat penting sebagai sumber tenaga untuk memulakan hari anda. Tanpa sarapan pagi, seseorang akan mengalami kadar kandungan gula yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan kekurangan bekalan nutrien ke otak, sekaligus menyebabkan kemerosotan kecekapan otak. ###### 2. Makan Yang Berlebihan Ramai orang suka makan berlebihan lebih-lebih lagi bila tertekan. Tapi tahukah anda sebenarnya tindakan ini boleh menyebabkan kemerosotan kecekapan otak? Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan kalori yang tinggi dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan peluang seseorang itu mengalami simptom hilang ingatan. Terdapat juga kerosakan lain iaitu mild cognitive impairment (MCI) iaitu kerosakan yang akan mengakibatkan demensia yang mungkin berlaku dalam jangka masa panjang. ###### 3. Merokok Tabiat Merokok kelihatan semakin diterima masyarakat dan menjadi tabiat biasa. Tapi ramai tidak menyedari sebenarnya tabiat merokok ini sangat bahaya. Merokok sebenarnya membahayakan kesihataan si perokok dan orang sekeliling anda. Kajian menunjukkan bahawa merokok dikaitkan dengan pengurangan aliran darah dan oksigen ke otak—dua elemen penting untuk kesihatan otak yang optimum. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer’s Disease mendapati bahawa perokok mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kognitif sederhana. ###### 4. Pengambilan Gula Yang Berlebihan Makanan manis memang sedap tapi ada harga yang perlu dibayar. Pengambilan gula yang banyak menyebabkan proses penyerapan protein oleh badan terganggu. Ini seterusnya menghalang pertumbuhan otak dan juga mengurangkan bekalan nutrien ke otak. ###### 5. Pencemaran Udara Otak memerlukan jumlah oxygen yang banyak untuk berfungsi. Pengambilan udara tercemar menyebabkan otak mengalami kekurangan bekalan oxygen. Ini akan menyebabkan kecekapan fungsi otak semakin menurun. ###### 6. Tidur Yang Tidak Mencukupi Tidak dinafikan tidur sangat penting oleh seseorang individu. Tidur memberi rehat kepada otak seorang manusia. Seseorang yang kurang tidur akan menjejaskan hippocampus, iaitu bahagian kecil otak yang memainkan peranan penting dalam mengingati maklumat baharu dan menghubungkan emosi ke dalam kenangan. Kekurangan tidur yang berpanjangan boleh menyebabkan kecekapan sel otak berkurangan. ###### 7. Membiarkan Kepala Dilitupi Semasa Tidur Tidur dengan kepala yang dilitupi boleh menyebabkan kepekatan gas Karbon Dioksida meningkat dan mengurangkan kepekatan oksigen. Ini boleh memberi kesan kepada otak dan merosakkannya. ###### 8. Bekerja Dalam Keadaan Sakit Bekerja atau belajar atau melakukan aktiviti yang melibatkan otak dalam keadaan sakit boleh mengurangkan kecekapan otak dan juga mencederakan otak anda. ###### 9. Kurang Aktiviti Yang Melatih Otak Salah satu cara untuk otak lebih efisien ialah melatih mereka dengan aktivity yang melibatkan penggunaan otak seperti bermain catur dan macam-macam aktiviti. Kurangnya aktiviti seperti ini menyebabkan kurangnya latihan terhadap otak yang menyebabkan otak menjadi lembab. ###### 10. Kurang Bercakap Perbualan yang bersifat intelektual juga boleh meningkatkan kecekapan otak. Sesetengah orang yang mempunyai personaliti tertentu juga mungkin lebih suka menyendiri sambil melakukan aktiviti kegemaran mereka. Namun, jika terlalu kerap bersendirian tanpa interaksi sosial, dikhuatiri akan mengganggu fungsi otak dan meningkatkan risiko penyakit Alzheimer. Jadi, untuk menjaga kesihatan otak dan meningkatkan keupayaan otak, sila elakkan perkara-perkara diatas supaya otak berada dalam prestasi maximum.

3 minute read