Terkejut Bila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Kata Gaji Ahli Parlimen Mencecah RM30K – RM40K Sebulan
Malaysia digemparkan dengan kenyataan dari perdana Menteri, Datu Seri Anwar Ibrahim bahawa gaji Ahli Parlimen di Malaysia boleh mencecah RM30k-RM40K sebulan termasuk gaji elaun.
Tak sangka juga gaji ahli parlimen boleh sampai banyak tu. Patutlah, sanggup ahli politik berebut kuasa. Tapi berapa sebenarnya gaji seorang ahli parlimen? Jom kita selongkar sama-sama. Menurut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang ahli Parlimen bagi Dewan Rakyat menerima elaun bulanan sebanyak enam belas ribu ringgit (RM16,000). Selain dari itu, Ahli Parlimen juga boleh membuat tuntutan pelbagai elaun dan subsidi lain untuk tujuan tertentu. Berikut adalah gaji dan senarai elaun yang layak diterima oleh seorang Ahli Parlimen: Gaji: RM16,000 sebulan Kehadiran mesyuarat Parlimen: RM400 sehari Kehadiran mesyuarat agensi kerajaan atau bengkel: RM300 sehari Elaun keraian: RM2,500 sebulan Bayaran istimewa untuk MP bukan dalam pentadbiran: RM1,500 sebulan Elaun perjalanan tetap: RM1,500 sebulan Elaun bahan api: RM1,500 sebulan Elaun tol: RM300 sebulan Elaun pemandu: RM1,500 sebulan Pembelian telefon bimbit: Hingga RM2,000 setiap dua tahun Elaun bil telefon: RM900 sebulan Pembelian komputer: Hingga RM6,000 Bantuan bayaran pakaian black tie : RM1,000 setiap tiga tahun Elaun pakaian rasmi istiadat: Hingga RM1,500 Elaun pakaian sejuk Lesen kenderaan percuma Lawatan rasmi - Penerbangan kelas eksekutif Lawatan rasmi - Penerbangan kereta api kelas pertama Tugasan domestik melebihi 32 kilometer dari rumah: Elaun hotel sehingga RM400 untuk 1 malam. Bayaran harian semasa perjalanan perniagaan: Dalam negara - RM100 semalam/ Antarabangsa - RM170 untuk 1 malam. Elaun makanan semasa di luar negara: RM340 untuk 1 malam. Ahli Parlimen juga layak mendapat pencen selepas menamatkan 36 bulan perkhidmatan yang boleh diambil kira dan mencapai usia 50 tahun. Jika dicongak Gaji basic termasuk elaun, sekurang-kurangnya Ahli Parlimen boleh menerima lebih dari RM30k sebulan. Rujukan: Metro