Jalan-Jalan Cari Makan Di Restoran Mee Tarik AEON Mall Shah Alam

 

Harini ini jalan-jalan cari makan di Restoran Mee Tarik Aeon Shah Alam. Restoran ini berada di seksyen 13 Shah Alam. Restoran Mee Tarik ni adalah salah satu tempat makan yang sedap di Shah Alam korang kena cuba. Dan semestinya menu yang korang kena cuba adalah sup mee tarik. Ada 2 menu untuk Mee Tarik sup ni, Mee Tarik Beef Soup dan Mee tarik chicken soup.

Mee Tarik Aeon Shah Alam, Kedai Mee tarik Aeon Shah Alam

Kedai ni terletak di dalam food court AEON Shah Alam yang berada di tingkat 3. Boleh naik lif atau escalator ke tingkat 3 dan cari food court mall. Memang tak akan terlepas pandang food court ni.

Di kedai ni, korang dapat tengok orang tu menyediakan pesanan sambil menarik mee tarik. Nampak macam senang je tukang masak tu buat. Tarik, tarik dan tarik, lepas tu masukkan dalam kuali dengan air yang panas mendidih.

Mee Tarik, Mee tarik Aeon Shah Alam

Inilah Mee tarik sup beef yang dah siap dan sedia untuk dimakan. Kuah memang rasa sedap dan agak pekat. Tapi hanya satu kekurangan. Cebisan daging sedikit je.

Rasa mee pun sedap. Dalam sup tu ada sedikit sayur, lobak merah dan kentang. Boleh lah dimakan bersama dengan sambal cili mereka yang sedap.

Kalau nak lebih lagi, boleh la order dumpling daging atau dumpling ayam. Tapi dengan portion yang agak banyak, semangkuk mee tarik sup ni pun dah cukup untuk kenyang.

mee Tarik Aeon Shah Alam

Tengok dari google review, komen ni yang menarik perhatian. Katanya, rasa mee tu sama dengan dekat China! Betul ke?

Tapi ada juga bad review seperti ini.

Seperti kitorang kata tadi, portion daging agak sedikit.

Dari segi harga, semangkuk Mee Tarik sup ni berharga RM13.00. Dari segi rasa dan portion Mee, harga tersebut bagi kami agak berbaloi. Rasa sup pun sedap dan tidak mengecewakan. Cuma daging dalam mee tu agak sedikit.

2 mangkuk Mee Tarik beef sup ni berharga RM26. Agak affordable bagi kami dan tidak mengecewakan.

Bagi mereka yang nak cuba Mee tarik di Aeon Shah Alam ni, bolehlah cuba, manatau jadi peminat setia pulak. Lepas tu boleh la ronda-ronda dalam mall dan mungkin boleh beli figura anime di Aeon Shah Alam ini.

 

Tempat Makan Lain Yang Best;

Jalan-Jalan Cari Makan Di Restoran My Viets Seksyen 14 Shah AlamĀ 
Jalan Jalan Cari Makan at Mee Tarik Warisan Asli Subang USJ1
Jalan-Jalan Cari Makan at Restoran Waneeda Tomyam

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *