Iklan 728x90
Kontroversi: Datuk Khazrul Elzey Didakwa Ugut Sebar Gambar Sensitif Zarina Anjoulie

Kontroversi: Datuk Khazrul Elzey Didakwa Ugut Sebar Gambar Sensitif Zarina Anjoulie

2023, Feb 24    

Perang antara Datuk Seri Khazrul Elzey dan pelakon Zarina Anjoulie semakin berlarutan, seperti tak akan nampak penghujung.

Terkini, heboh netizen apabila bekas tunang Zarina Anjoulie atau lebih dikenali dengan panggilan Anju itu mendedahkan bahawa dia memiliki gambar peribadi dan sensitif pelakon itu. Dia juga mengugut bahawa akan menyebarkan gambar-gambar tersebut.

Gosip Anju @Zarina Anjoulie dan Datuk Khazrul Elzey

Namun kenyataan Datuk Khazrul itu di bidas dengan pantas;

“..bila masa pula saya bagi awak gambar saya, yang awak ugut nak sebarkan. Jadilah seorang lelaki dan selesaikan masalah. Saya sayangkan keluarga awak dan hal ini melibatkan awak dan saya.
“Masa sebar aib bukan main riak tapi bila nak minta maaf kecut perut pula?”

Dalam pada itu, Anju menuntut permohonan maaf daripada bekas tunangnya, Datuk Khazrul Elzey.

My family deserves an apology! mak bapak saya tak berhak kena benda macam ni sebab mak bapak saya treat awak dengan sangat baik!

Gosip Anju @Zarina Anjoulie dan Datuk Khazrul Elzey

Anju @Zarina Anjoulie bertekak dengan Datuk Khazrul Elzey

Dia juga menyatakan yang dia bersedia untuk berdamai dengan bekas tunangnya itu. Dia mengakui yang masih menyayangi keluarga bekas tunangnya itu walaupun dia dan Datuk Khazrul sedang dalam kontroversi.