Selepas beberapa hari pergolakan antara Zarina Anjoulie dan Datuk Khazrul Elzey, nampaknya drama pasangan ini sudah berakhir.
Seperti drama pukul 7 malam, akhirnya kedua-duanya menghantar permohonan maaf.
Dalam hantaran terkini Anju dalam Instagram story dan juga TikTok, dia mengucapkan terima kasih pada bekas tunangnya itu kerana meminta maaf terhadapa dirinya dan keluarga.
Terima kasih kerana meminta maaf kepada keluarga dan saya. Harap kita boleh berdamai selepas ini.
Dia juga memuat naik gambar yang kelihatan dia ditemani oleh ahli keluarga bekas tunang itu.
Terima kasih family ex sudi datang walau apa terjadi, saya sentiasa sayang dan menghormati hubungan kami.
Apa pun terjadi selepas ni, saya tiada komen demi keluarga dua belah pihak.
Sebelum ini, pergolakan pasangan ini kelihatan semakin berlarutan apabila Khazrul dikatakan mengugut untuk menyebarkan gambar bogel bekas tunangnya itu. Namun Anju dengan pantas membidas kenyataan itu. Dia juga menuntut bekas tunangnya itu untuk memohon maaf terhadap diri dan keluarganya.
Semoga keduanya boleh berdamai selepas ini dan tidak lagi ada persengketaan. Memang betul, ikatan silarutahim itu lebih penting dari ikut hati dan perasaan. Lebih baik berdamai dari bersengketa. Tak untung apa pun pada akhirnya.
Drama sudah berakhir, drama mana lagi nak ditonton selepas ini?