Iklan 728x90
Amber Heard Guna Hak Wanita Sebagai Alasan, Sindir Johnny Depp Buka Akaun TikTok

Amber Heard Guna Hak Wanita Sebagai Alasan, Sindir Johnny Depp Buka Akaun TikTok

2022, Jun 08    

Selepas tular Johnny Depp membuka akaun Tiktok yang kini mempunya lebih 8 Juta pengikut, Amber Heard pula menyindir Johnny Depp dalam kenyataannya kepada Entertainment Tonight (ET).

amber heard Gambar: Page Six

Terdahulu, dalam video sulungnya di laman media social Tiktok, Johnny Depp menyatakan kepada penyokong setianya untuk bergerak kehadapan dan maju bersama-sama. Menyindir bekas suaminya itu, Amber Heard dalam kenyataannya kepada ET menggunakan hak wanita sebagai alasannya.

“Memandangkan Johnny Depp berkata dia akan ‘bergerak ke hadapan,’ hak wanita pula bergerak ke belakang.” “Mesej keputusan mahkamah tersebut, kepada mangsa keganasan rumah tangga ialah…takut untuk berdiri dan bersuara.” “Kekecewaan yang saya rasa hari ini tidak terkata. Saya sedih kerana banyak bukti masih tidak mencukupi untuk menentang kuasa, dan pengaruh bekas suami saya yang tidak adil,” “Saya lebih kecewa dengan keputusan ini untuk wanita lain,”

Amber Heard

Terdahulu, Amber Heard kalah dalam Saman Bekas Suami Terhadapnya.

Sangat menghairankan kerana Amber Heard asyik menggunakan hak wanita sebagai alasannya untuk menentang bekas suaminya. Persoalannya, dimanakah hak lelaki dalam keganasan rumah tangga terhadap lelaki pula?

Sumber: ET