Wanita Austria Fetisch Barbie Membelanjakan RM214,924 Untuk Membesarkan Bibir

Gambar: mirror.co.uk

Pelik tapi benar, seorang wanita berkata dia telah membelanjakan sebanyak £40,000 (RM214,924) untuk menjadikan bibirnya kelihatan besar dan tebal untuk menyempurnakan penampilannya.

Fetisch Barbie dari Vienna, Austria juga turut melalui beberapa prosedur untuk mencantikkan hidung, pipi, dagu dan nasolabial serta melakukan suntikan botox pada mukanya.

Dia berkata mempunyai ramai peminat dalam kalangan lelaki dan wanita yang memuji dan membelinya pelbagai jenis hadiah.

Menyifatkan dirinya sebagai memiliki kecantikan semula jadi dan telah menjadi peminat versi kewanitaan kosmetik sejak berusia 13 tahun. Barbie memaklum telah melakukan sekitar 50-60 suntikan di bibirnya dan dia juga melalui prosedur pembesaran payudara sejak berusia 18 tahun.



Dalam masa sepuluh tahun Barbie telah mendapat ramai peminat. Dia mendapat ramai peminat dengan menyiarkan gambarnya di Instagram dan platform OnlyFans. Dia juga sentiasa berhubung dengan penyokongnya.

Fetisch juga mendakwa bahawa sesetengah orang telah menjadi sangat taksub dengannya sehingga mereka memutuskan untuk beralih menjadi wanita dan meniru penampilannya.

@fetischbarbie #fyfyfyfyfyfyfyfyfyfyfyfyfyfyfyfyfyfy #fy #fyp #fypシ゚viral #fypage ♬ original sound – Esteve

Dia dipetik sebagai berkata,

“Mula-mula saya hanya mahu melaraskan bibir atas saya agar sepadan dengan bibir bawah saya tetapi kemudian saya nampak betapa hebatnya ia kelihatan dan saya mahu menjadi lebih besar dan lebih besar. Sehingga kini saya mempunyai kira-kira 50/60 suntikan di bibir saya”.

Festich Barbie Sebelum & Selepas Lips Job. Gambar: mirror.co.uk

“Seluruh transformasi telah menelan kos sekitar £40,000 dan saya menyukainya.”

“Bibir besar saya mungkin pengubahsuaian saya yang paling besar, orang sama ada suka atau benci, saya menyukai perubahan ini” katanya.

Dia menjelaskan bagaimana keluarganya “tidak berminat dengan penampilannya tetapi mereka menghormatinya”.

Selepas sedekad melakukan pengubahsuaian badan, dia berkata dia masih belum selesai.

Sumber: mirror.co.uk

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

One Comment on “Wanita Austria Fetisch Barbie Membelanjakan RM214,924 Untuk Membesarkan Bibir”

  1. Hi, I do think this is an excellent site. I stumbledupon it 😉 I am going
    to revisit yet again since I bookmarked it. Money and freedom is the greatest
    way to change, may you be rich and continue to help others.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *