Polis Tahan 11 Lagi Saksi Majlis Aidifiltri Dengan Tarian Separuh Bogel Di I-City

Berikutan isu majlis rumah terbuka Aidilfitri melibatkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel, pihak polis menahan 11 lagi saksi untuk membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, 6 daripada mereka telah direman termasuk seorang telah dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menjalani pembedahan. 5 lagi yang ditahan adalah pengunjung majlis berkenaan. Menurutnya lagi, pihak polis telah menahan pihak yang menganjurkan majlis berkenaan. Penari yang terlibat dalam tarian separuh bogel tersebut juga telah dikenal pasti.

Pihak polis juga telah mengenal pasti motif penganjuran majlis itu yang bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai.

Sumber Berita: The Sun Daily

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *