Iklan 728x90
Kerana Tempah Penari Separuh Bogel Di I-City ‘Cik Lala” Ditahan Polis

Kerana Tempah Penari Separuh Bogel Di I-City ‘Cik Lala” Ditahan Polis

2022, May 31    

Kalau nak anjurkan sebarang majlis, hendaklah “kena pada tempatnya”. Jangan main sembarangan menganjurkan Majlis dan tidak menghiraukan sensiviti penduduk setempat.

Seperti apa yang berlaku di Shah Alam pada minggu lalu, seorang instafamous “Cik Lala” Ditahan polis berikutan tindakannya menempah beberapa orang penari pondan bagi aktiviti rumah terbuka, sempena sambutan Aidilfitri di Centralwalk I-City.

Kumpulan penari pondan itu juga membuat tarian separuh bogel berserta muzik yang kuat selain pembakaran bunga api di kawasan awam.

Cik Lala, yang berusia 27 tahun ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartment berhampiran. Mereka membuat laporan polis berhubung insiden tarian separuh bogel penari pondan dan pembakaran bunga api di tempat berkenaan.

Cik Lala IcityGambar: Kosmo Online

Laporan dibuat berikutan penduduk berasa terganggu dengan pembakaran bunga api dan juga aktiviti tarian separuh bogel penari-penari pondan berkenaan di kawasan perumahan tersebut.

Kejadian tarian bogel dan pembakaran bunga api itu turut tular di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian berkenaan. Dia memaklumkan kejadian berkenaan berlaku antara jam 8 malam hingga 11.30 malam di sebuah dewan aras bawah Centralwalk I-City pada 27 Mei lalu.

Menurut info, Cik Lala telah menyewa dewan berkenaan pada harga RM4,000 bagi penganjuran majlis berkenaan. Dia juga menjemput kira-kira 50 orang kenalannya.

ACP Mohd Iqbal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Suspek telah direman selama 1 hari bagi membantu siasatan.

Bagi kami di ubipanas, kalau nak anjurkan pesta liar ke, anjurkan majlis tarian tak pakai baju ke, agak-agaklah. Buat la di tempat private, jangan la buat di tempat awam. Kan dah mendapat!