Pelajar Pengsan Di Sekolah, Terbongkar Rupanya Jadi Mangsa Lepaskan Nafsu Bapa Kandung Sejak Umur 11 Tahun

Insiden seorang pelajar tingkatan 2 pengsan di sekolah membongkarkan perbuatan tidak berperikemanusiaan si bapa ke atas anak kandungnya sendiri.

sad girl, pretty girl
Gambar: NEOSiAM

Baru-baru ini, seorang pelajar perempuan di Kota Bharu difahamkan telah menjadi mangsa rogol oleh bapa kandungnya sejak empat tahun lalu iaitu semenjak pelajar tersebut berumur 11 tahun.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan pihaknya menerima laporan pada 11.55 pagi daripada guru serta pelajar terbabit.

“Pada pagi semalam, mangsa pengsan di sekolahnya dan sebaik sedar, gurunya bertanyakan keadaannya sebelum remaja itu memberitahu dia menjadi mangsa rogol bapa kandungnya.

Pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suspek atas laporan tersebut. Suspek yang bekerja sebagai tukang rumah di perkarangan Hospital Tanah Merah berada dalam tahanan reman selama 7 hati untuk siasatan lanjut.

Suspek yang tinggal bersama mangsa dan ibu tiri serta empat lagi saudara tiri lain mengaku merogol mangsa sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun.

 

Lagi Berita Panas;

Ayie Floor88 Dan Isteri Buka Akaun Instagram Bakal Cahaya Mata Perempuan 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *