Neelofa Sekeluarga Merancang Berhijrah ke Tanah Arab

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa atau  lebih terkenal sebagai Neelofa mendedahkan dia dan keluarga merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab.

Mendedahkan perkara itu, Neelofa memeritahu bahawa suaminya Haris Ismail, berhasrat untuk menyambung belajar di Tanah Arab.

neelofa, noor neelofa, keluarga neelofa, anak neelofa, suami neelofa

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar.

Neelofa, pada masa yang sama juga menyatakan bahawa ingin mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Bilal kepada suasana di Arab dan berhasrat untuk menguasai bahasa arab.

Tambah Neelofa, 33, dia juga menyimpan impian untuk mendalami ilmu Al-Quran di samping menguasai bahasa Arab.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al-Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya.

“Kalau boleh, saya mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” katanya.

Sumber Malaysiagazette

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *