Netizan Jadi Angau Sebab Syed Saddiq ‘Terlepas Cakap’ Masa Live TikTok Bersama Bella

Pasangan merpati dua sejoli iaitu Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dan selebriti, Bella Astillah turun padang harini bagi menyerahkan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri untuk pengundi Parlimen Muar.

Difahamkan, sumbangan bernilai RM1.36 juta itu merupakan hasil titik peluh Syed Saddiq menjadi model sebuah syarikat pakaian, Primavalet bagi koleksi Aidilfitri bersama Bella.

Namun kehadiran pasangan itu mencuri perhatian netizan.

yb Syed Saddiq, Bella Astillah

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Bella dan Syed Saddiq dilihat menaiki kereta selepas penyampaian sumbangan kepada penduduk di Muar, Johor selesai.

Apa yang menarik perhatian netizen, satu momen spontan yang berlaku semasa mereka baru memasuki kereta. Ketika berada di dalam kenderaan, Bella tiba-tiba bertanya mengenai pemilik telefon yang digunakan untuk membuat siaran langsung, bertanya sama ada ianya milik Jack, pembantu Syed Saddiq.

Tanpa disangka, netizen mendakwa terdengar Ahli Parlimen Muar itu dengan tenang menjawab, ‘Abang punya lah’.

Syed Saddiq yang pada mulanya tidak menyedari bahawa Bella sedang bersiaran langsung, terus menunjukkan reaksi terkejut sebaik menyedari situasi tersebut.

“eh tengah live lah” ujar Yb Syed Saddiq bila menyedari Bella tengah bersiaran langsung.

@alisa_aami0210 Bella tanya ni phone sape. YB cakap “Abang Punya lah” – my delulu ears dengar ni boleh tak?😂🤪 ada sape2 dengar? pastu YB terkejut. Oh tengah live lah.. muka dah lain. terus tengok komen, baca ohh ada org panggil you ayang lah.. (coverline) #BellaAstillah #SyedSaddiq #bellasyedyes #BASS #trending #fyp #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #couplegoals❤️ #syedsaddiqbellaastillah #terbaru #primavalet ♬ original sound – Sakura

Dia kemudian segera menukar topik perbualan, seolah-olah cuba mengelak daripada terus menjadi tumpuan.

Gelagat Syed Saddiq yang kelihatan sedikit gementar selepas ‘terlepas cakap’ mengundang reaksi lucu daripada netizen. Ramai yang terhibur melihat reaksi spontan mereka, malah ada yang berteka-teki mengenai hubungan sebenar di antara Bella dan Syed Saddiq.

Dalam ruangan komen, ada yang berseloroh dan tumpang gembira jika benar Bella dan Syed Saddiq mempunyai hubungan istimewa.

Dia tak tahu tengah live, kantoi.

Dulu ‘jangan kacau tu saya punya’ sekarang ‘abang punya lah’.

Letak telefon dekat telinga semata-mata nak dengar ‘abang’.

Betul lah, dengar sah dia panggil abang. Sudah semakin teruk gila angau saya.

Kantoi, tak apa YB. Kami tak dengar pun.

 

Sumber:TikTok

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *