Bapa Borek, Anak Rintik. Marissa Dania Hakim Jadi Penyondol Pula?

Seorang wanita dikenali sebagai Umisya Mazlan baru-baru ini berkongsi kisah hubungan sulit suaminya dengan anak dua selebriti tempatan.

Dalam bebenang Twitternya, dia berkongsi bahawa dia telah mengenali bekas suaminya selama tujuh tahun dan telah berkahwin selama tiga tahun.

Namun yang mengejutkan adalah, anak selebriti yang dikatakan jadi penyondol itu adalah Marissa Dania Hakim, anak kepada bekas pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim.

Marissa Dania, Anak Norman Hakim, Anak kedua Abby Abadi

Lebih kurang 15 tahun yang lepas, selepas hubungan kedua ibu bapa Marissa jadi keruh disebabkan orang ke-3, kini anak ikut jejak langkah bapanya, Norman Hakim.



Bapa Marissa, Norman Hakim pernah dikaitkan dengan artis seksi Farahdhiya dan pernah dituduh khalwat dengan Memey Suhaiza. Memey Suhaiza akhirnya dikahwininya selepas bercerai dengan Abby Abadi.

Kini giliran anaknya pula, Marissa Dania Hakim.

Marissa Dania Hakim Penyondol
Gambar: hype.my

Tidak dinafikan Marissa Dania Hakim yang semakin meningkat dewasa kelihatan semakin cantik. Namun berita ini adalah sangat mengejutkan.

Menurut pendedahan Umisya Mazlan baru-baru ini, hubungan sulit itu sudah lama berlaku. Menurutnya lagi, naluri sebagai isteri membawa kepada penemuan bukti hubungan sulit tersebut.

Dalam bebenang twitter, wanita itu berkongsi bahawa bekas suaminya dan Marissa pernah mendaftar masuk ke sebuah hotel, malah memberikan resit tempahan hotel.

Marrisa Dania Hakim check in, Aslam
Gambar: hype.my

Dia juga berkongsi screenshot mesej daripada nombor yang tidak dikenali, memohon maaf atas hubungan sulit Marissa dan suaminya Aslam.

Pada masa yang sama ibu Marissa menjawab dakwaan terhadap anak perempuannya dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Dia juga menafikan meminta maaf kepada Misya bagi pihak anak perempuannya ketika mereka bertemu sebelum ini.



Norman bagaimanapun masih belum membuat kenyataan mengenai skandal itu tetapi posting Instagramnya telah dibanjiri komen mengenai anak perempuannya.

Marissa Dania pada masa yang sama mengakui kesalahannya, namun menafikan bahawa dia yang menyebabkan perceraian itu.

hmmm macam-macam Marissa ni ye. Belajar dari bapa ke?

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *