Amber Heard yang baru-baru ini kalah saman malu oleh bekas suaminya Johnny Depp mendapat lamaran dari seorang lelaki arab saudi. Dia yang kini berhutang sebanyak $15 Juta selepas kalah saman Malu dari bekas suaminya Johnny Depp dilaporkan telah menjadi “miskin” disebabkan oleh bayaran legas fees daripada kes mahkamah tersebut.
Bagaimanapun, seorang lelaki Arab telah menawarkan untuk menyelesaikan masalahnya, menghantar nota suara kepada amber.
“Amber… memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak. Saya sedar sesetengah orang membenci dan membuli awak, oleh itu, saya mengambil keputusan dengan awak. Semoga Allah merahmati kita berdua. Anda adalah rahmat tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” katanya dalam nota suara tersebut.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Amber Heard kalah saman fitnah dengan bekas suaminya itu selepas juri menyebelahi suaminya. Dia dikatankan memfitnah suaminya dalam artikel Washington Post menyebabkan Johnny Depp kehilangan banyak peranan utama dalam kerjaya lakonannya.
Sumber: Geo News