Nelayan Hampir Mati Tercekik Apabila Tangkapannya Melompat dan Masuk Ke Kerongkongnya
Ikan hidup tersangkut dalam kerongkong seorang manusia?
Mana Mungkin terjadi!
Pelik tapi benar. Itulah yang terjadi pada seorang lelaki di wilayah Phatthalung, Thailand. Seekor ikan berduri tiba-tiba melompat dari dalam air dan terus masuk ke dalam mulut dan seterusnya kerongkong lelaki berkenaan.
Ikan yang tersangkut dalam kerongkong.
Gambar: Metro.co.uk
Keadaan menjadi lebih serius selepas ikan air tawar bersaiz 12.7 sentimeter tersangkut pada kerongkongnya. Itu menyebabkan dia sukar bernafas.
Pemeriksaan X-Ray yang dilakukan menunjukkan ikan air tawar berduri, dikenali sebagai ikan Anabas tersangkut di antara tekak dan rongga hidung lelaki itu.
Pasukan perubatan bertungkus-lumus menyelamatkan lelaki berkenaan
Gambar: Metro.co.uk
Lelaki tersebut berjaya diselamatkan selepas pembedahan yang dijalankan berjaya mengeluarkan ikan duri tersebut. Pegawai hospital Sermsri Pathompanichrat menyifatkan bahawa kejadian itu sesuatu yang luar biasa dan jarang terjadi. Mereka juga memaklumkan bahawa ikan tersebut dikeluarkan melalui mulutnya kerana ikan tersebut cuba keluar melalui hidung lelaki berkenaan.
Sebelum itu, pesakit yang tidak dikenali itu memancing menggunakan tempuling di bawah permukaan air apabila kejadian itu berlaku. Menurutnya, ikan itu melompat ke dalam mulutnya apabila dia membuka mulut untuk mengambil nafas.
Pada masa yang sama, ikan itu meluncur keluar dari permukaan air dan terus masuk ke kerongkongnya. Dia dikejarkan ke hospital selepas orang ramai melihatnya kelihatan tercungap-cungap sambil menahan tekak
Nelayan itu sedang dirawat dan kini berada dalam keadaan stabil dan pulih di hospital akibat kecederaan pembedahannya.