Kekurangan Minyak Bersubsidi Di Malaysia, Rupanya Diseludup Masuk Ke Thailand

Ketika rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk membeli minyak bersubsidi di seluruh negara, lain pula yang berlaku di negara jiran, Thailand. Bekalan minyak masak bersubsidi di bandar sempadan selatan Thailand mempunyai bekalan yang melimpah.

Menurut laporan the New Straits Times, bekalan minyak masak bersubsidi sangat mudah didapati di sempadan negara Jiran, Thailand. Di wilayah Narathiwat seperti Sungai Golok, Waeng, Sungai Padi dan Tak Bai, bekalan minyak masak bersubsidi tersebut sangat senang untuk didapati.

Minyak masak paket
Gambar Kredit: utusan.com.my

Menurut penduduk tempatan, perkara tersebut sudah lama berlaku dan mereka sedar bahawa minyak masak tersebut sepatutnya hanya dijual di Malaysia. Namun disebabkan harga yang dijual jauh lebih murah daripada minyak untuk tempatan, bekalan minyak masak tersebut mendapat permintaan ramai.

Berita Lain: Netizen Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah RM519 Juta

Menurut penduduk tempatan;

“Ini telah berlaku selama bertahun-tahun. Ramai rakyat Thailand sedar bahawa minyak masak ini adalah barangan bersubsidi dan hanya bertujuan untuk dijual di Malaysia”

“Namun, sama seperti sesetengah rakyat Malaysia gemar makan nasi Thai, sesetengah rakyat Thailand juga suka membeli minyak masak Malaysia kerana harganya murah dan berkualiti berbanding minyak masak tempatan”.

Menurut peniaga tempatan, minyak masak Malaysia biasanya dijual di antara 50 hingga 55 baht setiap paket (sekitar RM6.50 hingga RM7). Minyak masak Thai pula dijual pada harga sekitar 77 baht (Sekitar RM10.30). Perbezaan harga yang ketara menyebabkan minyak masak tersebut sangat popular dan sentiasa habis dijual.

“Inilah sebab mengapa minyak Malaysia 1kg lebih popular. Penduduk tempatan juga gembira kerana mereka boleh membeli minyak itu tanpa had,” Menurut mereka lagi.

Inilah yang berlaku apabila ada pihak yang cuba untuk mengaut keuntungan daripada harga murah barangan bersubsidi. Kita berharap kerajaan akan melakukan sesuatu untuk mengekang keadaan ini.

Sumber: NST

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *