Blog hiburan popular Malaysia iaitu beautifulnara.com, ohmedia.my dan rotikaya.com ditempelak oleh Dr Amelina Bakri baru-baru ini. Menurut Dr Amalina, Ini berikutan blog terbabit menulis artikel yang memutarbelitkan kenyataan Dr Amalina. Blog berkaitan juga menulis tajuk clickbaik yang agak panas.
Menurut kenyataan Dr Amalina dalam akaun twitter beliau @DrAmalinaBakri, dia membuat sesi Q&A (Soal Jawab) di akaun instagram miliknya untuk follower beliau. Namun jawapan yang beliau berikan terhadap soalan dari pengikutnya di instagram dipetik dan dijadikan bahan berita panas oleh laman blog berkenaan.
Menurut Dr Amalina, salah satu soalan yang diajukan oleh pengikut beliau di Instagram adalah berkaitan servis sunat untuk bayi perempuan di UK.
Adakah ada servis sunat bayi perempuan di UK? Saya jawab: Tidak ada kerana sunat perempuan melangggar undang-undang di negara UK.
Namun jawapan oleh Dr Amalina telah dipetik oleh beberapa laman blog gosip Malaysia dan dijadikan bahan berita panas di laman blog terbabit. Lebih menambah luka, tajuk artikel berkenaan ditulis untuk menjadikannya berita panas.
Laman blog kemudianya berkongsi pautan artikel berkenaan di facebook page laman blog berkenaan yang mempunyai jutaan pengikut.
Disebabkan oleh artikel yang ditulis, terdapat banyak komen yang berbaur negatif dan lucah daripada netizen.
Hasil carian kami, blog beautifulnara telah memadam artikel berkenaan. Begitu juga dengan blog ohmedia. Begitupun, pautan yang telah dikongsi oleh laman blog ohmedia telah dikongsikan oleh pengikut facebook page laman berkenaan dan masih lagi dijumpai di facebook. Hanya artikel dalam laman blog rotikaya yang masih dijumpai buat masa ini.
Menurut penjelasan Dr Amalina, perbuatan sunat bayi wanita di United Kingdom adalah dilarang menurut undang-undang negara itu. Menurut laman web National Health Service di UK, perbuatan sunat terhadap perempuan adalah dilarang dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun.
Utk makluman, saya dalam proses utk mengambil tindakan undang-undang supaya menjadi pengajaran kpd semua. Saya juga ingin menegur penulis-penulis artikel yg suka membuat headline clickbait atau mengambil cerita remeh pic.twitter.com/tTCE8YngEb
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 20, 2022
Menurut Dr Amalina lagi, dia dalam proses undang-undang terhadap laman blog yang terbabit. Pihak ubipanas tidak dapat mengesahkan berapa artikel yang ditulis berkaitan isu berkenaan, namun daripada perkongsian Dr Amalina, sekurang-kurangnya 3 laman blog berkenaan telah menulis artikel berkaitan dengan tajuk yang panas.
Nasihat kami, berhati-hatilah semasa berkongsi komen di laman sosial.