Didi Dedah Bella Astillah Nampak Lebih Bahagia Dan Semakin Berselera Makan

Pelakon dan penyanyi Didi Astillah, atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 29 mendedahkan bahawa kakaknya, Bella Astillah kini dilihat lebih bahagia malah semakin berselera makan pada Ramadan kali ini.

Memetik mStar Online, Didi berkata Bella kelihatan semakin bersemangat dan bertenaga setiap hari meskipun sibuk dengan urusan kerja.

Didi-Astillah, Bella-Astillah, Syed Saddiq

“Alhamdulillah. Ramadan tahun ini Bella nampak sangat berbeza. Sekarang ini Bella sudah semakin berselera makan, dia makan banyak semasa berbuka.

“Walaupun dia sedang sibuk, tetapi tetap sentiasa bersemangat dan bertenaga. Semasa mendaki gunung dan pergi ke laut pun, dia sangat lain. Sangat gembira dan bertenaga,” katanya.

Didi turut mendedahkan bahawa dialog dan reaksi antara Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ketika sesi penggambaran jenama baju raya itu adalah secara spontan dan tanpa skrip.

“Sebenarnya apa yang anda semua lihat, itu bukanlah ‘marketing’ sangat. Video yang dirakam itu semua adalah tanpa skrip. Itu yang buatkan mereka nampak lebih natural,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi keluarga berkenaan gosip cinta kakaknya dengan Syed Saddiq, Didi berkata ramai yang mendoakan yang baik-baik.

“Ramai yang mendoakan, kalau ramai yang dah mendoakan, InsyaAllah. Ada jodoh, tak ada jodoh, semoga ikatan persahabatan kekal terjalin, perkahwinan ke. Mana-manalah antara dua kan,” katanya.

sumber: mStar

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *