Bekas Ratu Cantik Michelle Reis Masih Menawan Dengan Bikini

Bekas Ratu cantik Hong Kong, Michelle Reis yang kini berusia 52 tahun menunjukkan yang dia masih lagi cantik memukau memakai bikini seperti ketika dia memenangi Miss Hong Kong pada tahun 1988.

Dalam satu paparan Instagram Michelle Reis minggu lalu, dia memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan susuk tubuhnya yang seksi memakai bikini.

Michelle yang memenangi ratu cantik Hong Kong pada tahun 1988 melonjakkan namanya, sekaligus membawanya ke dalam dunia industri hiburan.

Dalam kapsyennya, dia menulis: “Ini hanya kerja saya, malam musim panas yang panjang.”

michelle reis

Netizen ternyata masih kagum dengan penampilannya yang langsing seperti ketika dia bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss Hong Kong 1988, yang melonjakkan namanya. Bahagian komennya pula dipenuhi dengan pujian dari para peminatnya atas gambar tersebut.

michelle reis
Dia kelihatan dalam keadaan yang baik baik dan sihat, memandangkan dia mengalami masalah kesihatan yang serius pada bulan Januari lalu. Michelle telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam unit rawatan rapi selama 48 jam menurut satu muat naiknya di Instagram.

michelle reis

Walau bagaimana pun, dia tidak mendedahkan tentang penyakit dihidapinya. Michelle dalam satu kenyataannya hanya menyebut bahawa tekanan darahnya telah jatuh sekaligus menjejaskan hati, buah pinggang, jantung, paru-paru dan organ lain.

Bintang Hong Kong itu berhentio dari dunia hiburan selepas berkahwin dengan Billionaire Julian Hui pada tahun 2008.

Gambar: Michelle Reis/Instagram

 

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *