Akibat Rantai Logam Tersangkut, Zakar Terpaksa Dibelah Dua

Pelik tapi benar, itulah yang berlaku di Taiwan.

Disebabkan rantai manik logam yang tersangkut di dalam zakar, seorang lelaki di Taiwan terpaksa membenarkan doktor untuk membelah zakarnya bagi mengeluarkan rantai tersebut. Rantai yang diperbuat daripada logam tersangkut di dalam zakar lelaki berkenaan yang dipercayai cuba melakukan aktiviti seksual sendirian.

Lelaki berkenaan dilaporkan pergi ke hospital dan mengadu sakit di bahagian zakarnya. Selepas diperiksa, doktor di Hospital Shuang-Ho Universiti Perubatan Taipei mendapati rantai logam telah tersangkut di dalam zakar lelaki terbabit, yang menyebabkan kesakitan kepada lelaki terbabit.

Xray, Zakar, Rantai Di Dalam Zakar
Lelaki berkenaan dipercayai cuba melakukan hiburan melalui aktiviti seksual dengan memasukkan rantai ke dalam zakarnya. Namun selepas bertindak demikian, dia tertidur dan kemudian bangun dalam kesakitan.

Kerana takut akan mencederakan dirinya sendiri, lelaki itu tidak berani untuk mengeluarkan rantai berkenaan dan memutuskan untuk ke hospital. Pemeriksaan mendapati manik rantai berkenaan telah tertanam di dalak zakarnya.

Pakar urologi, Gao Weichang berkata, lelaki tersebut mengalami ketidakselesaan dan rasa sakit yang teruk. Ianya disebabkan manik-manik rantai tersebut menjejaskan saraf-saraf yang sensitif di dalam zakarnya.

Selepas pemeriksaan, pakar bedah terpaksa membelah zakar lelaki berkenaan untuk mengeluarkan rantai tersebut. Selepas dibedah, doktor membina semula uretranya dalam prosedur yang rumit. Namun Prosedur tersebut berjaya menyelamatkan lelaki berkenaan.

Sumber Kosmo

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *