“Gaji tak dapat, komisyen pun tak dapat”.
“Malah saya bagi pinjam hampir RM90,000 pun tak dibayar,”
Pelakon Aaron Aziz baru-baru ini berkongsi melalui akaun Instagram bahawa dia mengalami kerugian hampir RM90,000 akibat ditipu oleh sebuah agensi pengurusan umrah.
Melalu hantaran itu, Aaron Aziz menyatakan, bahawa dia tidak mendapat komisyen dan gaji hasil dari kerjasama dengan pihak berkenaan.
Apa yang menyedihkan, perkara itu juga menggangu kesihatan sehingga perlukan rawatan.
“Sekali lagi syarikat haji umrah buat hal. Kata orang tua buat baik-baik berpada-pada. Sampai di hospital tekanan darah 179,” katanya lagi.
Dalam hantaran itu, Aaron Aziz turut berkongsi bacaan alat ujian tekanan darah yang menunjukkan bacaan 179/113. Bacaan itu terlalu tinggi berbanding bacaan yang normal.
Sumber: Aaron Aziz Instagram