Sebuah filem adaptasi dari Permainan Video Game terkenal, Minecraft, akan tiba di pawagam Malaysia tidak lama lagi. Menurut info dari laman web GSC, filem A Minecraft Movie akan berada di pawagam di Malaysia pada 03.04.2025.
Filem ini pastinya dinantikan oleh peminat video game Minecraft. Sehingga bulan Disember 2024, sebanyak 204 Juta pemain sebulan yang masih aktif dengan Video Game Minecraft.
A Minecraft Movie ialah filem komedi pengembaraan fantasi, diarahkan oleh Jared Hess.
Berdasarkan permainan video Minecraft 2011 yang dibangunkan oleh Mojang Studios, filem itu dibintangi oleh Jason Momoa, Jack Black, Danielle Brooks, Emma Myers dan Sebastian Hansen.
Dalam filem itu, empat orang disedut melalui portal ke dunia kubik yang berkembang pesat menggunakan imaginasi. Untuk kembali ke dunia asal, mereka tidak mempunyai pilihan selain menguasai dunia baru tersebut sambil memulakan ekspedisi bersama Steve, orang lama dalam dunia baru tersebut.
Untuk pengetahuan, Minecraft adalah satu permainan video game kotak pasir yang dibangunkan oleh Mojang Studios. Permainan video game ini diciptakan oleh Markus Persson pada 2009 untuk komputer peribadi.
Pada November 2011, pemainan ini dikeluarkan secara rasmi oleh Mojang. Pada tahun 2014, Microsoft membeli Mojang dan Minecraft pada harga US$2.5 Billion.
Di dalam video game Minecraft, pemain menerokai dunia tiga dimensi. Disamping itu, pemain boleh menemui dan mengekstrak bahan mentah, untuk bahan membuat alatan dan barang kraf serta membina struktur baru.
Saksikan trailer filem A Minecraft Movie: