Nelayan Hampir Mati Tercekik Apabila Tangkapannya Melompat dan Masuk Ke Kerongkongnya

Ikan yang hidup tersangkut dalam kerongkong? Mana Mungkin terjadi!

Pelik tapi benar. Itulah yang terjadi pada seorang lelaki di wilayah Phatthalung, Thailand. Seekor ikan berduri yang tiba-tiba melompat dari dalam air dan terus termasuk ke dalam mulut dan seterusnya kerongkong lelaki berkenaan.

anabas fish, ikan anabas, ikan
Ikan yang tersangkut dalam kerongkong. Gambar: Metro.co.uk

 

Keadaan menjadi lebih serius selepas ikan air tawar bersaiz 12.7 sentimeter yang tersangkut pada kerongkongnya itu menyebabkan dia sukar bernafas.

Pemeriksaan sinar-X yang dilakukan menunjukkan ikan air tawar berduri yang dikenali sebagai Anabas itu tersangkut di antara tekak dan rongga hidung lelaki itu.

doctors, operation room, pembedahan, doktor
Pasukan perubatan bertungkus-lumus menyelamatkan lelaki berkenaan. Gambar: Metro.co.uk

Lelaki tersebut berjaya diselamatkan selepas pembedahan yang dijalankan berjaya mengeluarkan ikan duri tersebut.

Pegawai hospital Sermsri Pathompanichrat menyifatkan bahawa kejadian itu sesuatu yang luar biasa dan jarang terjadi. Mereka juga memaklumkan bahawa ikan tersebut dikeluarkan melalui mulutnya kerana ikan tersebut cuba keluar memali hidung lelaki berkenaan.

Pesakit yang tidak dikenali itu telah memancing menggunakan tempuling di bawah permukaan air apabila ia berlaku. Katanya, ikan itu melompat ke dalam mulutnya apabila dia mengambil udara dan membuka mulutnya untuk mengambil nafas.

fish, ikan, anabas
Ikan yang berjaya dikeluarkan dari kerongkong lelaki berkenaan. Gambar: Metro.co.uk

Pada masa yang sama, ikan itu meluncur keluar dari permukaan air dan terus masuk ke kerongkongnya. Dia dikejarkan ke hospital selepas orang ramai melihatnya kelihatan tercungap-cungap sambil menahan tekak. Nelayan itu dirawat dan kini berada dalam keadaan stabil dan pulih di hospital akibat kecederaan pembedahannya.

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *