Lelaki Zakar Kecil Lebih Suka Memiliki Kereta Sport

Adakah terdapat kaitan antara keinginan untuk memiliki kereta sport dan zakar yang kecil? Satu persoalan yang agak sukar dijawab bukan?

Belum ada bukti kukuh yang boleh menyokong dakwaan ini tetapi terdapat satu kajian mengenai kaitan antara lelaki berzakar kecil dan keinginan untuk memiliki kereta sport.

Lamborghini Aventador, Orange Lamborghini Aventador
Gambar Oleh Garvin St. Villier Pexels

Walaupun kajian tersebut tidak dapat memberi bukti kukuh, ianya memberi kesimpulan awal bahawa lelaki cenderung ingin memiliki kereta sport jika mereka merasakan zakar mereka lebih kecil daripada saiz purata.

Penulis juga menyatakan bahawa terdapat persoalan yang timbul dari kajian tersebut yang menarik untuk diteroka pada masa depan.

Dalam kajian tersebut, 200 lelaki berbahasa Inggeris berumur antara 18 dan 74 telah direkrut. Semua lelaki tersebut diminta untuk mengingati fakta semasa membeli-belah untuk produk yang berbeza dalam talian.

Gambar: popsugar.com

Dalam setiap pusingan ujian, para peserta ditunjukkan satu kenyataan selama tujuh saat sebelum mereka diberikan imej satu produk, daripada produk barangan mewah hinggalah ke produk keperluan harian.

Mereka diminta untuk memberitahu berapa banyak yang mereka mahukan untuk produk tersebut. Kemudian mereka ditunjukkan kenyataan dari sebelumnya — kadangkala dengan sedikit perubahan — dan ditanya sejauh mana mereka bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Walaubagaimanapun, beberapa kenyataan, termasuk yang melibatkan saiz zakar adalah tidak betul. Untuk kenyataan melibatkan saiz zakar, ianya akan sentiasa disusuli dengan gambar kereta sport.

Untuk kenyataan tentang saiz zakar, matlamatnya adalah untuk  mempengaruhi tahap harga diri peserta.

Sebahagian kecil daripada kumpulan itu diberi kenyataan yang salah. Contoh seperti saiz zakar yang tegang ialah 18 sentimeter (7.1 inci), manakala yang lain diberitahu bahawa zakar tegang bersaiz sederhana diukur dalam hanya 10 sentimeter (4 inci).

Saiz purata sebenar untuk zakar yang tegang menurut kajian adalah terletak di antara 5.1 inci hingga 5.5 inci, tetapi kenyataan palsu ini digunakan untuk memanipulasi perasaan peserta tentang diri mereka sendiri.

Gambar: Reuters

Sesetengah peserta merasakan bahawa saiz zakar mereka lebih besar daripada saiz purata. Peserta lain pula berasa bahawa saiz zakar mereka tidak mencukupi.

Keputusan akhir kajian menunjukkan bahawa lelaki yang berasa seolah-olah mereka mempunyai saiz ereksi zakar yang lebih kecil daripada purata lebih cenderung untuk ingin memiliki kereta sport.

Trend ini juga dilihat lebih kepada lelaki yang berumur lebih dari 30 tahun.

Kajian tersebut belum lagi mempunyai peers-reviewed tetapi ia mungkin boleh membuktikan bahawa benar-benar ada suatu kaitan dengan pemilikan kereta besar atau mewah dengan lelaki bersaiz zakar kecil.

“Mungkin ada sesuatu yang menghubungkan kereta dan saiz zakar dalam jiwa lelaki. Hipotesis itu disokong oleh data dalam kertas kajian ini.

“Industri kereta mewah mungkin tidak mahu mengakui kaitan ini, tetapi keputusan kami memberikan sedikit bantuan.”

Like Facebook dan follow Twitter kami sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *